Sepatutnya TG Nik Aziz dah lama berhenti... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Disember 06, 2011

Sepatutnya TG Nik Aziz dah lama berhenti...


MalaysianInsider melaporkan:
KOTA BARU, 5 Dis – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Nik Abdul Aziz, 80, berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

“Insya-Allah saya akan bertanding lawan Umno. Saya tak kisahpun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu,” katanya (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990. Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi. - TMI.
Pada aku memang dah lama sepatutnya TG Nik Aziz berhenti dari jawatan Menteri Besar Kelantan. Tempoh lebih 20 tahun tu pada aku terlalu lama.

Sepatutnya dah lama pemimpin pelapis di Kelantan ambil alih tugas berat tu. Kesian kat TG Nik Aziz, walaupun dah semakin uzur masih lagi dibebankan dengan tugas berat macam tu. Macam takdak dah orang lain di Kelantan tu yang layak jadi Menteri Besar.

Jadi Menteri Besar ja pun, bukannya nak jadi nabi.

Patutnya sebagai Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz tak sepatutnya jadi Menteri Besar Kelantan, Patutnya TG Nik Aziz tak dibebankan dengan tugas-tugas pentadbiran macam tu pasainya tanggungajawab dia sebagai Mursyidul AM PAS lebih nesar dari tu, kena jaga PAS dan ahli PAS diseluruh Malaysia, bukan hanya di Kelantan.

Masa mula-mula menang tahun 1990 dulu memang wajar TG Nik Aziz pegang jawatan tu, tambah-tambah itu sejarah kali pertama PAS dapat kuasa perintah negeri. Memang sesuai sangat ulama' bertaraf Tok Guru pegang jawatan Menteri Besar tu yang boleh ujudkan satu standard atau piawai untuk pemegang jawatan tu dari PAS masa akan datang.

Cumanya tempoh lebih 20 tahun tu pada aku terlalu lama, dua tiga penggal pun sepatutnya dah cukup kalau untuk ujudkan standard atau piawai.

Aku sebenarnya mengharapkan sangat TG Nik Aziz betul-betul jadi Mursyidul AM. Spiritual leader yang mengetui Majlis Syura'. TG Nik Aziz patutnya lebih perlu untuk memperkasakan Majlis Syura', yang punya kuasa untuk 'menasihat' siapa saja.

Apa pun, dari sudut politik PAS Kelantan, memang patut sangat TG Nik Aziz tetap bertanding masa PRU13 nanti, tapi kalau tak bertanding pun cantik jugak, boleh bantu jentera pilihanraya PAS bukan saja di kelantan tapi jentera pilihanraya PAS seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...