KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dimansuhkan terus dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan mana-mana individu semata-mata kerana ideologi politik.Juga dilaporkan:
Malah, Perdana Menteri menegaskan undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan lebih pendek dan sebarang tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah, kecuali undang-undang berkaitan keganasan masih dikekalkan di bawah kuasa menteri.
Majlis Peguam menyambut baik janji diumumkan Perdana Menteri memansuhkan ISA dan menamatkan kuat kuasa perisytiharan darurat, keputusan berkenaan selaras peruntukan Perlembagaan negara. - Lim Chee Wee, Presiden Majlis Peguam “Umumnya kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman, kecuali undang-undang berkaitan keganasan,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung sempena sambutan Hari Malaysia di Auditorium Perdana, Angkasapuri, malam tadi. - Bharian.
Dalam ucapannya, Najib turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1956, selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967 bagi memenuhi kehendak semasa.Macam yang aku pernah tulis sebelum ni kat sini, Najib semalam buat pengumuman memansuhkan terus undang-undang ISA.
“Kita tidak teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan,” katanya sambil menjelaskan secara prinsipnya kajian semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 membabitkan penghapusan pembaharuan tahunan, sebaliknya digantikan dengan pengeluaran lesen tahunan sehingga dibatalkan.
Kajian semula terhadap Seksyen 27 Akta Polis 1967 pula akan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. - Ibid.
Bukan setakat hapuskan ISA, Najib jugak berjanji akan kaji semula Akta Buang Negeri, Akta kediaman terhad dan Akta Polis.
Semua undang-undang tu sebelum-sebelum ni memang pernah digunakan ke atas ahli politik walaupun dengan alasan keselamata negara tapi sebenarnya lebih kepada keselamatan kuasa Umno BN.
Walaupun macam tu, penghapusan dan kajian semula akta-akta ni tak begitu menguntungkan pembangkang pasainya tak banyak pun kelebihan yang pembangkang dapat kecuali ceramah mungkin tak lagi perlu permit dan mungkin tak lagi akan diganggu.
Tapi realiti sekarang ni, ceramah umum tak lagi menggugat Umno BN macam 10 tahun dulu. Dengan teknologi internet yang semakin maju sekarang ni ceramah umum sebagai saluran maklumat sebenarnya dah jadi ketinggalan zaman.
Yang nyatanya, tindakan terbaru Najib ni tentu akan untungkan Najib, Umno dan BN. Imej Najib tentu akan naik dan sedikit sebanyak sokongan kepada Umno BN akan meningkat balik.
Kalaulah dengan pemansuhan dan kajian semula akta-akta zalim ni yang dah lama jadi senjata pembangkang tu boleh naikkan sokongan kepada Umno BN sekadar 5% pun, PRU13 nanti Umno BN memang takdak masalah untuk kekal menguasai Putrajaya.
Dengan beberapa lagi pengumuman mengejutkan yang aku yakin Najib akan buat menjelang PRU13 hujung tahun ni, aku rasa Najib akan memimpin Umno BN menang dengan bergaya masa keputusan PRU13 diumumkan nanti.
Itu kalau kita kira faktor dari pengumuman Najib semalam dan mungkin beberapa lagi pengumuman mengejutkan dari Najib selepas ni. Tapi banyak lagi faktor-faktor lain yang akan mempengaruhi keputusan PRU13.
Persoalan sekarang ni, macamana Pakatan Rakyat nak sekat kemenangan Najib tu. Himpunan BERSIH 3.0 pun belum tentu dapat menghalang kemenangan Umno BN. Tambah-tambah dengan jentera Pakatan Rakyat pun masih belum bersedia sampai hari ni, jangan harap la Umno BN akan tumbang PRU13 nanti. Bukan nak kata UPU tak bersedia, MTD pun ada yang masih cempera lagi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis