Berita yang tak mungkin jadi di Malaysia | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 16, 2011

Berita yang tak mungkin jadi di Malaysia

Bharian melaporkan:  
COPENHAGEN: Parti berhaluan kiri Denmark menang pilihan raya umum negara itu semalam dengan memberi laluan kepada pelantikan Perdana Menteri wanita pertama negara itu.
 
“Kami akhirnya berjaya," kata ketua pembangkang, Helle Thorning-Schmidt, 44, yang meraikan kemenangan itu bersama penyokongnya dalam kiraan terakhir blok undi, lewat malam tadi.
 
“Ya...kami mencatat sejarah hari ini," katanya pemimpin Parti Sosial Demotratik itu yang bersiap sedia untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
Dengan hampir semua undi dikira, adalah jelas parti berhaluan kiri pimpinan Thorning-Schmidt itu menang tipis 89 kerusi daripada 179 kerusi parliamen yang dipertandingkan.

Perdana Menteri sekarang, Lars Loekke Rasmussen hanya menang 86 kerusi.

Rasmussen dari Parti Liberal sebelum itu memberitahu bahawa beliau menghubungi Helle Thorning untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan partinya.
"Saya mengucapkan tahniah kepadanya dan memberitahunya bahawa beliau mempunyai peluang untuk membentuk kerajaan yang baru," katanya.

Petang ini saya akan menyerahkan kunci pejabat Perdana Menteri kepada Helle Thorning-Schmidt," katanya dengan menambah: "Helle, anda jagalah kunci ini kerana kamu hanya meminjamkannya sahaja." - Bharian.
Jangan mimpi la berita macam ni akan jadi kat Malaysia. Tambah-tambah kalau Umno BN limnkug PRU13 nanti, Kalau tak jadi huru-hara pun dah kira besar rahmat. Najib dah pernah kata sebelum ni, yang dia akan pertahankan Putrajaya sampai ke titisan terakhir.

Najib jugak pernah suruh Umno Selangor buat apa saja untuk rampas balik negeri Selangor dari Pakatan Rakyat.
 
Yang terjadi sebelum ni, masa Kelantan jatuh ke tangan PAS pada tahun 1990 contohnya, habih semua depa angkut sampai satu fail pun tak tinggal. macam tu jugak la lebih kurang jadi di Selangor dan Kedah tahun 2008 dulu. Cuma kat Penang saja kut elok sikit, bila ada penyerahan secara rasmin dari Koh Ksu Koon kepada Lim Guan Eng.

Pengalaman di kat Parit Buntar lagi menarik, bukan setakat file takdak, tapi habik kerusi meja pun JKKK lama angkut bawak balik rumah. Dewan JKKK kosong terus. Kipas angin dan lampu pun depa bukak.

Apa pun, aku harap sangat kalau Umno BN tumbang PRU13 nanti, takdak la kejadian yang tak diingini yang berlaku. Kalau insiden kecik-kecik tu aku tak kisah sangat pasai perangai penchachai Umno memang macam tu kut, tapi jangan la sanpai keadaan jadi huru-hara, sampai terpaksa diistiharkan darurat pulak.

Baru ja perintah darurat dibatalkan selepas dekat 50 tahun Malaysia dalam keadaan darurat, takkan lepas PRU13 nak kena istiharkan darurat balik.

Sumber imej: Reuters

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...