KUALA LUMPUR, 12 Sept — Datuk Seri Najib Razak kemungkinan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang menjadi kritikan pembangkang, seawal minggu ini untuk mendapatkan momentum menjelang pilihan raya umum dalam waktu terdekat ini.Dengan realiti tahap sokongan kepada Najib yang semakin menurun macam yang dibentangkan oleh Merdeka Center, Najib memang perlu buat tindakan drastik untuk tingkatkan balik sokongan rakyat sebelum bubar parlimen dan adakan PRU13.
Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009 dengan janji mahu mengkaji semula undang-undang itu tetapi kredibiliti kepimpinan perdana menteri yang dipersoalkan dengan serius ekoran pendirian dasarnya yang sering berubah sedang mempertimbangkan untuk memansuhkan ISA. ISA yang diperkenalkan lebih lima dekad lalu menyediakan peruntukan menahan seseorang tanpa perbicaraan.
The Malaysian Insider difahamkan ada sedikit “halangan” di Kementerian Dalam Negeri dan elemen-elemen sayap kanan dalam Umno sendiri, tetapi dengan mengambil kira keperluan Najib untuk mendapatkan sokongan golongan pertengahan, penasihatnya merasakan bahawa beliau perlu mengambil tindakan yang drastik.
“Pilihan beliau terhad,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider. - TMI.
Sampai hari ni nampak gayanya usaha Umno BN nak tarik balik sokongan rakyat pasca PRU12 masih kurang berjaya. Sokongan dari orang melayu dan india mungkin kembali sikit kepada Umno BN tapi sokongan dari orang cina nampak macam semakin teruk.
Umno nampak macam dah nak putus asa untuk tarik balik sokongan orang cina ni. Sampai tahap ada pimpinan utama Umno yang gesa kerusi yang MCA dan Gerakan bertanding sebelum ni dan kalah diserahkan kepada Umno.
Jadinya Najib perlu buat tindakan drastik untuk dapatkan sebanyak mungkin undi orang melayu dan india. Dan dengan memansuhkan ISA tentu punya persepsi positif terhadab Najib dan Umno akan meningkat. Pakatan Rakyat akan hilang antara senjata utama nak serang Najib dan Umno.
Lagi pun, apa perlu undang-undang ISA kalau Putrajaya terlepas ke tangan Pakatan Rakyat. Kecuali la kalau Najib berkira-kira untuk buat tangkapan besar-besaran menggunakan ISA sebelum PRU13 nanti.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis