Jamil Khair bersumpah Wallalhi! dia tak guna duit zakat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, September 15, 2011

Jamil Khair bersumpah Wallalhi! dia tak guna duit zakat

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 15 Sept: Setelah tertekan dengan laporan bahawa beliau membuat rumah baru umpama istana walaupun baru saja menjadi menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, beliau gunakan duit sendiri.

“Wallahi, saya tak ambil duit zakat, boleh semak zakat Wilayah Persekutuan dapat audit bersih.

“Saya berani bersumpah kalau mereka berani,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama itu pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Semalam, portal Malaysia Today telah menyiarkan gambar rumah milik Jamil Khir yang mana didakwa dianggarkan mencecah jutaan ringgit. -Hrkh
Aku harap sangat apa yang dia sumpahkan tu betul. Tak patut sungguh tokoh agama terbilang sanggup buat sumpah palsu guna nama Allah. Takkan kut ilmuan yang sebelum jadi menteri dulu selalu keluar masuk TV bagi jadi panel Forum Perdana. Takkan kut orang yang sebelum jadi menteri dulu selalu tak lekang dengan ayat Al-Quran dan hadis bila berceramah boleh lupa dengan amaran Allah dalam Al-Quran pasai bersumpah palsu ni.

Tapi bila fikir-fikir balik, tak logik pulak kalau aku tak prejudis kat UstJamil Khair ni pasainya walaupun dia ilmuan agama tapi dia jadi menteri Umno. Aku dengan pemimpin Umno ni menang payah sungguh-sungguh nak khusnuz-dzan. Nak bersangka baik lagu mana kalau dia sanggup bersekongkol bersama pemimpin Umno yang memang dah terbukti kaki rasuah, kaki songlap duit rakyat dan memperbodohkan rakyat.

Tapi bila aku teliti balik, mungkin betul dia tak guna duit zakat macam sumpah dia tu, tapi tak mustahil dia guna duit lain, maksud aku mungkin dia guna duit rasuah atau dia songlap duit lain. Aku takmau tuduh, tapi persepsinya memang macam tu.

Sebagai menteri yang jaga agama kerja dia bukan takat jaga duit zakat saja, banyak lagi benda lain yang dia jaga dan aku yakin benda lain yang dia jaga tu mesti ada yang ada lobang untuk rasuah punya.

Kalau setakat buat penafian macam tu tak boleh bersihkan nama dia. kecuali la dia istiharkan harta dia bagi rakyat tengok dan nilai sendiri. Sekurang-kurangnya dia istiharkan berapa nilai rumah tu setmasuk kos pengubahsuaian dan juga istiharkan dari mana sumber mai yang dia mampu bayar rumah tu termasuk pengubahsuaian.

Toksah berangan la dia nak berani buat macam tu...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...