Rakaman video pada perhimpunan 9 Julai lalu yang dipaparkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah rakaman yang sahih dan sah bertujuan mendedahkan situasi sebenar dan bukannya bermotifkan politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.Aku tak nafikan malah aku yakin video yang polis siarkan tu memang video sebenar kejadian. Cumanya macam yang aku tulis sebelum ni, video tu tak membuktikan apa-apa.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat supaya tidak tertipu dan terpedaya dengan dakyah parti pembangkang berhubung rakaman video oleh PDRM itu.
"Kita harus terima dengan yakin kredibiliti (video pihak polis itu), jangan kita yakin dengan video yang dipaparkan oleh media alternatif, dalam YouTube misalnya yang jelas banyak mengubah kandungan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.
"Saya minta polis menyiarkan (video ini) di (stesen-stesen) televisyen, supaya rakyat boleh melihat dan menilai (berbanding siaran YouTube dan media alternatif)," katanya sambil mempertahankan rakaman video yang dikeluarkan oleh PDRM itu adalah tulen. - Mkini.
Contohnya kes Mat Sabu dakwa dia dilanggar kereta polis, dalam video yang polis siarkan tu langsung tak nampak macamana motosikal yang Mat Sabu bonceng tu terbalik. Yang nampak cuma motosikal tu nampak macam langsung tak kena pajero hitam tapi dengan proton wira putih langsung tak nampak kena langgar atau tak.
Untuk kes kematian Allahyarham Baharuddin pulak, video yang polis tunjukkan tu langsung takdak imej apa yang terjadi kepada Allahyarham Baharuddin. Polis cuma menjawab tuduhan yang ambulan lambat sampai untuk bagi bantuan kepada Baharuddin sedangkan tuduhan utama adalah kematian Allahyarham Baharuddin mungkin sebab dibelasah polis sampai luka bibir, patah gigi dan patah 3 tulang rusuk.
Lagi satu, pihak polis cuma tayangkan 2 video saja dan Muhyiddin pulak sahkan video tu adalah tulin.
Yang pertama sekali sapa Muhyiddin untuk sahkan video yang polis siarkan tu tulin atau tak. Yang kedua, kalau pun video tu memang benar-benar tulin, video tu sebenarnya langsung tak menunjukkan yang polis tak gunakan kekerasan.
Kalaupun mungkin lepas ni polis akan tunjukkan layanan baik polis terutama kepada tahanan di Pulapol tapi tu pun tak boleh jadi bukti yang polis langsung tak gunakan kekerasan.
Macamana pula dengan video yang banyak bertebaran di youtube, facebook dan blog. Berpuluh video malah mungkin beratus video yang menunjukkan aksi kekerasan pihak polis. Takkan kut semua video tu diubah kandungan.
Kalau video yang banyak tu Muhyiddin kata diubah kandungan, lebih mudah lagi untuk kita percaya 2 video yang polis tayang tu yang diubah kandungan, tambahan pulak polis ambil masa 2 minggu baru ditayangkan sedangkan video yang menunjukkan kekerasan polis ada yang dipaparkan seawal malam Sabtu tu jugak, malah mungkin ada yang disiarkan petang tu jugak.
Macamana pulak dengan video yang ditayangkan oleh media antarabangsa? Takkan yang tu pun Mahyuddin nak rakyat Malaysia percaya diubah kandungan jugak?
Yang lawaknya pulak, macamana Muhyiddin senang-senang nak rakyat yakin dengan kredibiliti polis sedangkan dari awal lagi Ketua Polis Negara sendiri menipu bila dakwa cuma 6,000 orang saja yang hadir himpunan tu, satu dakwaan yang bukan saja tak logik malah boleh jugak kalau nak dianggap Ketua Polis Negara buat lawak yang cukup BANGANG.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis