Kerajaan hari ini bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Aku takmau nak komen lebih-lebih berkenaan penggunaan sistem biometrik ni pasainya masih belum jelas macamana sebenarnya prosedur yang dikatakan PSR bercadang nak gunakan tu.
Beliau berkata ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.
"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," katanya semasa berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di Kangar hari ini.
Perdana Menteri berkata BN komited kepada pilihan raya yang bersih serta adil dan tidak memerlukan 'BERSIH' untuk memastikan tindakan itu. - Mkini.
Kalau betul penggunaan sistem biometrik tu betul-betul boleh mengelak pengundi hantu dari mengundi dan mengurangkan peluang untuk berlaku penipuan, memang aku sangat-sangat sokong penggunaan sistem tu.
Sebenarnya tak kira la apa pun sistem yang SPR cadang nak guna, kalau betul sistem tu memang dapat mengurangkan peluang untuk penipuan dilakukan aku memang sokong.
Aku nak tunggu dulu sampai SPR bentangkan sistem yang baru tu kepada umum baru lebih adil untuk kita ulas pasai sistem tu.
Selain dari tu kita nak kena tengok jugak faktor-faktor lain terutama sekali melibatkan kos yang terpaksa SPR tanggung untuk laksanakan sistem baru tu. Untuk apa kita gunakan sistem yang canggih yang terlalu mahal kalau ada sistem yang jugak boleh halang pengundi hantu dengan harga yang jauh lebih rendah.
Yang aku mushkilnya, pasai apa SPR tak jugak gunakan sistem celup jadi dengan dakwat kekal tu. Walaupun dah beli dakwat tu sebelum PRU2004 dulu tapi di saat-saat akhir dibatalkan penggunaan dengan alasan yang tak berapa nak logik.
Apa cerita pun, sejujur-jujurnya, tak kira la apa pun yang SPR nak buat walaupun depa kata untuk penambahbaikan, selagi anggota SPR tak betul-betul "MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAN", selagi tu la tak tak boleh nak percaya.
Malaysiakini jugak melaporkan:
"Kita akan buat yang terbaik (menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih) walaupun negara-negara maju pun tak buat," katanya. - Ibid.Tak mau kalah jugak Najib ni walaupun ramai yang kata dia terpaksa batalkan cuti pasai tak sanggup nak hadapi wartawan asing yang sangat-sangat berminat nak tanyak komen Najib pasai himpunan BERSIH 2.0 yang berjaya diadakan pada 9 Julai lepas.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis