Police menafikan taktik ganas digunakan ke atas mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia pada perhimpunan 9 Julai yang lalu, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa.Alangkah baiknya kalau ada 'pihak berkuasa' yang saman polis BANGANG ni. Senang-senang ja nak tunding jari salahkan orang lain. Kalau nak spin pun, biar la nampak logik sikit.
Sebaliknya menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, dakwaan keluarga Baharudin Ahmad, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.
Beliau juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.
“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.
“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya pada taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman, petang semalam.
Sebelum ini anggota keluarga Baharudin telah mengemukakan memorandum kepada Suhakam dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, mendakwa tulang rusuh dan gigi yang patah itu mungkin berpunca daripada keganasan polis. - Mkini.
Aku ingat apa yang aku tulis semalam tu dah cukup BANGANG dah, rupa-rupanya ada lagi kenyataan yang lebih BANGANG dari semalam.
Takkan la ada yang bangang nak tolong buat CPR tapi taktau cara. Lagipun bukan senang-senang nak patah tulang rusuk kalau buat CPR ikut prosedur. Tambah-tambah pulak kalau yang buat CPR tu 'pihak berkuasa'. Lain la kalau ada yang buat CPR guna cota.
Sama jugak bab patah gigi. Kalau takat buat CPR tu ada kemungkinan jugak la kut orang yang langsung taktau apa-apa pasai CPR kecuali yang dia tengok dalam drama TV nak berlagak hero buat CPR, tapi bab gigi patah mungkin pasai pegawai perubatan nak masukkan tiub dalam mulut? Tak ka BANGANG punya statement tu.
Tak logik langsung gigi boleh patah pasai nak masukkan tiub. Takkan pegawai perubatan tak reti nak masukkan tiub dalam mulut. Lagi pun, tiub tu bukan diperbuat dari getah ka?
Lagi satu, video CCTV tu langsung tak membuktikan apa-apa, cuma sekadar menunjukkan orang yang dikatakan sebagai mangsa masuk ke dalam banggunan Avenue-K dan jugak imej ambulan sampai sekian masa.
Isunya apa yang terjadi sebelum mangsa masuk dalam banggunan tu kita taktau. Mungkin mangsa dah berpuluh kali tersedut
Sama juga masa kat dalam Avenue-K tu. Tak mustahil kat dalam tu polis dapat kepung mangsa dan dia dikeronyok ramai-ramai.
Kalau ikut situasi yang berlaku masa himpunan BERS✔H 2.0 tu, kebarangkalian mangsa meninggal pasai sesak nafas tersedut gas dan kemudian dikeronyok ramai-ramai oleh polis memang ada, bukan setakat ada saja tapi kebarangkalian tu cukup tinggi berbanding keberangkalian tulang rusuk patah pasai CPR dan gigi patah pasai tiub, kebarangkalian yang hampir-hampir tak logik.
Yang paling kita mushkilnya, pasai apa polis tak tunjuk laporan post-moterm. Biar orang ramai buat kesimpulan sendiri dari post-moterm tu. Tengok apa doktor yang buat post-moterm tu kata.
Taktau la pulak kalau ada doktor yang sama BANGANG macam polis tu, pilih untuk percaya kepada kebarangkalian yang hampir kepada tak logik.
Nak spin pun agak-agak la...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis