Sebelum ni macam yang aku tulis kat sini, Malaysiakini melaporkan:
Sehubungan itu, sumber itu, berkata Mohamad menambah 10 lagi pencalonan setakat Sabtu lalu (7 Mei), menjadikan jumlah pencalonannya kepada 70 pencalonan.Tapi semalam Mohd Sayuti Omar dalam blog dia Merah Tinta tulis:
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Mat Sabu memperolehi 60 pencalonan sehingga minggu lalu.
Sumber itu juga berkata penyandang jawatan berkenaan Nasharudin Mat Isa memperolehi 39 pencalonan- bertambah enam pencalonan berbanding 33 pencalonan sehingga minggu lalu. - Mkini.
Kedudukan setelah lebih 140 kawasan yang bermesyuarat ialah, Mat Sabu 59 kawasan, Nasharudin 53, Tuan Ibrahim 22, sementara Azizan Razak 4. Sama ada siapa yang mendahului dari segi pencalonan akan ditentu oleh kira-kira 30 kawasan yang masih belum membuat keputUsan untuk mencalon siapa.
Sekiranya kesemua kawasan itu mencalon Tuan Ibrahim ini bermakna Tuan Ibrahim akan memperolehi lebih 50 kawasan. Kedudukan ini seimbang dan memungkinkan akan berlaku kompromi. Saya percaya kalau berlaku kompromi ia akan menganiayakam Mat Sabu. - MerahTinta.
Yang mana satu yang betui ni?
MSO dalam tulisan dia tu tulis angka yang Malaysiakini tulis tu tak berapa nak boleh pakai pasai Malaysiakini dapat angka tu dari sebelah pihak saja iaitu penyokong Mat Sabu dan tidak dari "bilik gerakan" Ust Nasha.
Dia jugak meragui Malaysiakini sendiri sebagai media yang bebas pasai Malaysiakini manpak jelas lebih tak berpihak kepada Ust Nasha sejak pemilihan 2 tahun lepas lagi.
Realitinya, sapa pun taktau dengan pasti angka pencalonan yang sebenarnya pasai semua borang pencalonan yang PAS kawasan-kawasan hantar belum pun dibuka dan cuma akan dibuka selepas tamat tempoh hantar pencalonan pada 15 Mei ni. Ada kemungkinan juga maklumat yang penyokong Mat Sabu dan MSO dapat dari sumber depa di kawasan tu tak sama dengan yang tertulis dalam borang pencalonan yang dihantar.
Kalau bila diumunkan jumlah pencalonan nanti dan Mat Sabu dapat kurang dari 70 pencalonan maknanya angka yang Malaysiakini dapat tu tak betul. Kalau Mat Sabu dapat pencalonan lebih 70 boleh jadi Malaysiakini betul dan boleh jadi jugak yang MSO betul pasainya macam yang MSO tulis ada lagi 30 kawasan yang belum buat keputusan.
Apa pun, jumlah penclonan bukan menggambarkan jumlah sebenar undi yang akan seseorang calon tu dapat.
Pasainya pencalonan dari satu-satu kawasan tu ditentukan oleh hampir 40 orang AJK PAS Kawasan tu tapi yang akan jadi perwakilan dan akan mengundi masa muktamar nanti cuma 6 orang saja. Mungkin 6 orang perwakilan tu akan undi calon lain dari yang kawasan dia calonkan.
Dan ada jugak kawasan yang mencalonkan orang yang mungkin menarik diri dari menjadi calon dan tentunya perwakilan kawasan tu akan mengundi salah sorang dari calon yang bertanding.
Apa pun, aku masih yakin peluang untuk Mat Sabu menang cukup cerah. Dan bagi aku, PAS memerlukan personaliti macam Mat Sabu untuk tarik lebih ramai pengundi masa PRU13 nanti untuk lebih percaya kepada PAS dan yang lebih penting lagi menterjemahkannya dalam bentuk undi kepada calon PAS.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis