Malaysiakini melaporkan:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini, menafikan dakwaan kononnya ia sewenang-wenangnya meluluskan pemberian taraf kerakyatan untuk tujuan pilihan raya.Malaysiakini jugak melaporkan:
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong memberitahu pemberita di Putrajaya hari bahawa pemberian taraf kerakyatan adalah berdasarkan kepada perlembagaan sedia ada dan tidak diberikan secara sesuka hati. - Mkini.
Ketua Umno Hulu Selangor Mohamed Idris Abu Bakar menafikan beliau pernah menulis mahupun menandatangani sepucuk surat bagi mendapatkan kerakyatan Malaysia kepada sekumpulan penduduk tetap di negara ini dengan tujuan mendapatkan undi mereka untuk BN pada pilihan raya akan datang.Macam yang aku agak, KDN dan Umno menafikan tuduhan "kerja kotor" macam dalam artikel yang aku tulis sebelum ni.
“Kita tak pernah tulis surat itu. Kenapa harus kita tulis. Kenapa? Kita menang (Hulu Selangor) pada pilihan raya kecil (tahun lalu)," katanya ketika dihubungi pagi ini.
Mohamed Idris yang juga ADUN Hulu Bernam mendakwa surat berkenaan adalah palsu dan dakwaan PKR semalam yang menuduh Umno berbuat demikian sebagai satu bentuk fitnah.
"Ini fitnah kerana bukan tandatangan saya di surat itu dan namanya juga tidak tertera dengan penuh,” katanya. - Mkini.
Betul atau tak ada "kerja kotor" macam tu di buat di Selangor hanya pihak yang berkenaan saja yang tau.
Bagi aku, walaupun pun KDN dan Umno sendiri buat penafian aku tak tolak kemungkinan memang "kerja kotor" tu ada berlaku. Aku lebih pilih untuk tak percaya penafian depa. Aku lebih cenderung untuk "suuz-dzan" dengan puak-puak ni.
Pasainya kebanyakkan kalau pun tak semua pemimpin Umno memang jenih tak berapa nak boleh pakai. Kakitangan kerajaan kat KDN pun belambak yang jenis bermazhab Umno BN yang memang takdak masalah bila-bila pun untuk jadi "si anjing Umno".
Lagipun, sejarah di Sabah membuktikan memang kerja-kerja tu pernah Umno dan KDN buat dulu, sampai ada yang kena tahan ISA pasai isu tu. KDN cuma berani tahan depa dengan ISA pasai kalau dakwa depa-depa tu guna kaedah perundangan biasa habih semua kerja jahat Umno kakitangan KDN akan terbokgkar.
Isunya sekarang, kalau betul "kerja jahat" tu memang dibuat, apa tindakan yang jentera PR boleh ambil?
Kalau ikut peraturan yang ada, hampir takdak apa yang boleh kita buat. Kalau buat bantahan kepada SPR masa tempoh bantahan rang daftar pemilih pun tak guna, dah la hilang RM10 untuk setiap nama yang dibantah, tentu punya bantahan tu ditolak pasai depa memang dari segi undang-ungangnya memang layak untuk didaftarkan.
Yang boleh dibuat pun, kalau mana-mana tu boleh dikenalpasti, kita kena pi jumpa direct dengan depa dan kempen direct dengan depa pasai apa depa tak perlu undi calon BN dan pasai apa depa sepatutnya undi calon PR. Takat tu ja la kut. Takkan nak ugut depa pulak.
Sebagai orang PAS, aku percaya cuma tinggal senjata akhir saja iaitu berdoa dan kemudian bertawakkal.
"Wamakaru wamakarallah, wallahu khairul makirin".
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis