Apa lebihnya melayu Umno dari melayu PKR? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 12, 2011

Apa lebihnya melayu Umno dari melayu PKR?


Umno sampai hari ni masih lagi sibuk nak ajak PAS bersatu dengan depa dan masuk BN demi kekuatan melayu, malah Umno tanpa segan silu ajak PAS bersama Umno dalam BN demi Islam.

Isunya sekarang ni untuk apa PAS bersatu dengan melayu Umno dalam BN padahal sekarang ni PAS dah sedap duduk bersatu dengan melayu PKR dalam Pakatan Rakyat.

Apa lebihnya melayu Umno kalau nak dibandingkan dengan melayu PKR? Aku tak nampak langsung apa lebihnya tapi kurangnya memang banyak. 

Dari segi Islam melayu Umno dengan Islam melayu PKR nampak lebih kurang ja. Kalau melayu Umno mengucap 2 kalimah syahadah, melayu PKR pun mengucap 2 kalimah syahadah. Kalau melayu Umno solat, melayu PKR pun solat jugak. Kalau ada melayu PKR yang tak solat melayu Umno aku yakin lagi ramai yang tak solat. Kalau melayu PKR ada yang minum arak aku yakin melayu Umno lagi ramai yang minum.

Kalau melayu PKR ada yang dituduh makan rasuah macam bekas pemimpin PKR Perak yang menjelma jadi katak melompat jadi bebas, melayu Umno lagi ramai yang makan rasuah. Bukan setakat dituduh yang dah dijatuhkan hukuman pun ramai.

Yang lagi jelas mutakhir panas ni, kalau pemimpin tertinggi melayu PKR dituduh terlibat dengan isu seks dengan perempuan cina, pemimpin tertinggi melayu Umno jugak dituduh terlibat dengan isu seks dengan artis terkenal pulak tu. Walaupun takdak video trapi ada yang kata terkantoi dengan pegawai agama di Port Dickson.

Lebih hebat lagi,  pemimpin tertinggi melayu Umno dituduh terlibat dengan pengeboman sampai hancur mayat Altantuya berbanding dengan pemimppin tertinggi melayu PKR yang sampai hari ni tak pernah dituduh terlibat dengan kes bunuh.

Sama jugak dalam Pakatan Rakyat ada DAP yang tak setuju dengan konsep Negara Islam, dalam BN pulak ada MCA, Gerakan, MIC dan beberapa lagi parti komponen BN di Sabah dan Sarawah yang tak setuju dengan konsep negara Islam.

Sekurang-kurangnya pemimpin kapir dalam DAP dah ramai pemimpinnya yang faham sikit sebanyak pasai Islam sampai berani baca potongan ayat Al-Quran dalam ceramah depa berbanding pemimpin kapir dalam MCA yang bukan setakat tak faham tapi berani terang-terang mempersendakan hukum Islam macam masa kempen PRK Tenang hari tu.

Kalau aku buat perbandingan macam ni pasai apa PAS lebih patut setia dengan Pakatan Rakyat berbanding bersama Umno dalam BN, panjang aku nak kena tulis.

Kesimpulannnya, memang sangat-sangat tak logik untuk PAS mengkhianati janji dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat semata-mata untuk bersama Umno dalam BN.

Masalahnya, berapa ramai orang melayu yang mengaku Islam yang fikir macam yang aku fikir ni. Aku rasa setakat hari ni lebih ramai yang tak berfikir macam aku fikir.

Dan cabaran yang sangat besar sebenarnya untuk PAS dan melayu PKR untuk ubah cara majoriti orang melayu berfikir dalam masa yang terdekat ni, yang masih nampak Umno adalah parti yang masih patut diundi masa PRU13 nanti. Pasainya, berbanding Pakatan Rakyat BN ada kekuatan yang jauh  lebih hebat dari segi dana, kuasa dan media untuk berkempen supaya orang melayu terus bersama dengan BN dalam PRU yang akan datang. 

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...