Timbalan: Mat Sabu cuma dapat 70 pencalonan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 09, 2011

Timbalan: Mat Sabu cuma dapat 70 pencalonan

Malaysiakini melaporkan: 
Penyokong bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa sekurang-kurang lima negeri memberi sokongan dengan mencalonkan beliau bertanding jawatan timbalan presiden Jun ini.

Lebih separuh kawasan di semua negeri tersebut - Johor, Perak, Kedah, Sabah dan Negeri Sembilan - mencalonkan Mohamad bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Sumber mendakwa kawasan PAS di Johor paling banyak menyokongnya dengan 15 daripada 26 kawasan mencalonkan beliau bertanding jawatan tersebut.

Ia diikuti Perak (13 daripada 24 kawasan), Kedah (8 daripada 15), Sabah (5 daripada 8) dan Negeri Sembilan (4 daripada 8) mencalonkan 'Abang Mat'.

"Keputusan (jumlah pencalonan) itu diperolehi selepas membuat semakan beberapa kali (di semua kawasan)," kata sumber yang rapat dengan bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu.

Sumber itu juga memberitahu Malaysiakini kawasan di negeri lain yang turut mencalonkan Mohamad adalah Wilayah Persekutuan dengan (2 kawasan), Pulau Pinang (5), Selangor (4), Perlis (2), Melaka (2), Kelantan (6), Pahang (3) dan Sarawak (1). - Mkini.

Kalau tengok dari bilangan pencalonan nampak macam Mat Sabu hampir pasti akan menang. Takkan dah dapat pencalonan dari 70 kawasan dari 178 kawasan pun tak boleh menang lagi. Saingan terdekat pulak cuma baru dapat 39 pencalonan.

Tapi realitinya, jumlah pencalonan tak semestinya menggambarkan jumlah undi yang sebenar. Pasainya perwakilan yang akan mengundi masa muktamar nanti. Lagi pun muktamar tu awal bulan depan, lama lagi masa. Banyak benda boleh berlaku atau dilakukan dalam tempoh sebulan ni.

Apa pun, kepada penyokong Mat Sabu tapi bukan perwakilan macam aku, hangpa kena pastikan perwakilan tempat hangpa undi Mat Sabu. Kalau tak boleh pastikan pun, sekurang-kurangnya hangpa kena bagitau kat perwakilan tempat hangpa pasai apa depa kena undi Mat Sabu.

Bukan susah sangat nak cari sapa yang jadi perwakilan. YDP dah tentu jadi perwakilan. Setiausaha pun biasanya jadi perwakilan. Biasanya AJK Harian la yang dibagi keutamaan. Kut kalau depa takmau pi baru dilantik AJK Kawasan yang lain. Yang tentunya, perwakilan tu orang kuat kawasan la pasai dipilih dalam mesyuarat AJK PAS Kawasan.

Kecuali la kalau ada kawasan yang perwakilan tu dipilih masa mesyuarat agong. Tapi setakat ni aku tak pernah lagi dengar ada mesyuarat agong yang pilih perwakilan ke muktamar pusat dalam mesyuarat agong PAS kawasan.

Apa pun, aku harap sangat Mat Sabu menang Timbalan Presiden PAS kali ni tak kira walau sapa pun lawan dia.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...