Anwar tak terlibat perundingan kerusi Pakatan Rakyat Sarawak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, April 03, 2011

Anwar tak terlibat perundingan kerusi Pakatan Rakyat Sarawak?

Malaysiakini melaporkan: 
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bayangan kemungkinan PKR akan bertarung pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini tanpa bantuan parti Snap.

Dalam lawatannya ke sebuah rumah panjang di Sri Aman - kira-kira 200km dari tenggara Kuching, semalam, Anwar menggesa pengundi masyarakat Iban supaya menolak parti tertentu yang didakwanya ditaja oleh BN bagi memecahkan undi pembangkang.
 
Meskipun tidak menamakan parti berkenaan, namun adalah jelas beliau merujuk kepada Snap.
 
"Dua tahun lalu, ada sebuah parti yang hampir mati tetapi tiba-tiba mahu bertanding di sini. Dari mana datang wang itu? - Mkini
Dari kenyataan Anwar tu fahamlah kita yang perundingan antara PKR dan SNAP dah pun ditamatkan.

Aku tak berapa tau apa realiti sebenarnya. Mungkin jugak benar yang SNAP memang ada hubungan dengan BN. Mungkin jugak benar SNAP ditaja oleh BN. Mungkin jugak benar tujuan SNAP 'dihidupkan semual' hanya untuk  memastikan BN tak tumbang di Sarawak.

Macam yang aku tulis sebelum ni, kalau pun memang SNAP tu adalah 'alat' BN dan lepas PRN Sarawak SNAP betul-betul bersatu semula dengan BN, Pakatan Rakyat sebenarnya tak rugi tara mana. Aku dah bentangkan hujjah aku kat sini.

Ataupun tak mustahil kemelut ni macam yang SNAP kata, memang berpunca dari sikap PKR. Mungkin betul yang PKR memang tamak dan ego berlebih-lebih, sampai menghina SNAP dan orang tempatan Sarawak.

Yang aku mushkil, pasai apa Anwar sendiri tak terlibat dalam perundingan kerusi di Sarawak. Nampak macam semua keputusan akhir ada ditangan Azmin. Mungkin jugak Anwar ada terlibat tapi yang aku nampak memang macam tu. Anwar seolah-olah bagi kuasa 100% kepada Azmin untuk buat keputusan.

Aku rasa kalau Anwar sendiri campur tangan, kemungkinan kemelut ni boleh diselesaikan. Dengan 'aura' yang ada pada Anwar Ibrahim, peluang untuk dapat kata sepakat dengan SNAP lebih besar dari kalau Anwar yang 'mengetuai' delegasi PKR dan bukan Azmin.

Macam yang aku pernah tulis sebelum ni, kegagalan rundingan antara PKR dan SNAP ni memang layak disalahkan.

Yang nyatanya, peluang untuk tengok pertandingan satu sama satu dengan calon BN gagal. Dan yang pastinya, PAS dan DAP akan turut sama kena tempias akibat kegagalan tu

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...