Seperti diduga, bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu secara rasmi menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Jun ini.Malas nak komen apa-apa, aku cuma nak nyatakan yang aku sokong Mat Sabu sebagai calon Timbalan Presiden PAS tak kira walau sapa pun lawannya.
Katanya, antara tujuan utama beliau menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding adalah bagi membantu presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegakkan keadilan Islam khasnya di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.
“Saya juga mahu membantu presiden untuk memobilasi demokrasi dan kefahaman tentang demokrasi kepada rakyat supaya mereka memilihnya untuk diamalkan di Malaysia,” katanya kepada Malaysiakini selepas menyampaikan ceramah di Subang Jaya malam semalam.
Menurutnya, selain itu, beliau juga mahu membantu Abdul Hadi bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat dengan mengukuhkan kerjasama parti dengan ahli gabungan dalam Pakatan dan juga NGO.
Katanya, memperkukuhkan Pakatan dapat diterjemahkan melalui melaksanakan “tindakan politik bersama-sama untuk kepentingan rakyat”.
Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata antara program yang beliau dapat memberikan khidmat kepada parti adalah melalui Himpunan Bersih.
Mantapkan Majlis Syura
Sehubungan itu, Mohamad berjanji akan cuba “mempergiatkan lagi” berfungsi sebagai timbalan presiden sekiranya dipillih menjadi orang nombor dua dalam parti itu.
Selain itu, katanya, beliau juga mahu mempermantapkan Majlis Syura supaya “betul-betul berfungsi” khususnya dalam soal menjaga displin dan mempertahan dasar parti. - Mkini
Cuma setakat sokong kat sini ja la, nak mengundi aku bukan perwakilan. Tapi taktau la pulak kalau depa suruh aku jadi perwakilan. Takkan kut, ramai lagi yang lain yang lebih layak kat Parit Buntar ni...
PAS Parit Buntar akan mesyuarat minggu satu lagi, rasanya macam biasa akan diserahkan kepada mesyuarat AJK untuk buat pencalonan. Tak penting pun sapa yang depa calonkan pasai Bang mat Sabu tentu punya layak bertanding, yang pentingnya sapa yang perwakilan akan undi masa muktamar agung Jun nanti.
Sapa sokong Mat Sabu angkat tangan...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis