Najib rayu orang kristian maafkan kakitangan kerajaan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, April 03, 2011

Najib rayu orang kristian maafkan kakitangan kerajaan

Aku tak nampak lain, kecuali apa yang diucapkan oleh Idris Jala, yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai ucapan dari Najib sendiri.
 
Aku yakin depa rasa sangat tergugat dengan isu Injil yang ditahan di pelabuhan sebelum ni. Walaupun dah tawarkan jalan penyelesaian yang agak 'liberal' sebelum ni yang memang menimbulkan kegusaran kepada orang Islam tapi tawaran tu 'ditolak' oleh Bible Society Malaysia.
  
"Kitab tersebut tidak boleh lagi diagihkan kepada penganut Kristian dan semuanya akan dipulihara sebagai 'bahan muzium' dan bahan warisan Gereja Kristian di Malaysia."

Semalam kabinet Najib melalui Idris Jala tawarkan satu lagi jalan penyelesaian yang 'lebih liberal' lagi. Kali ni Injil berbahasa malaysia bukan saja boleh diimport tapi tak perlu ada cap mohor dan nombor siri yang disyaratkan dalam tawaran penyelesaian sebelum ni. Cuma untuk sebaran di semenangjung saja yang ada syarat kena  dicetak di muka depan "Penerbitan Agama Kristian" dan lambang salib.

Lebih liberal dari tu, Injil jugak sudah boleh dicetak di semenanjung, Sabah dan jugak Sarawak. Sesuatu yang orang kristian pun aku takdak dengar mintak sebelum ni.

Tawaran kali ni aku rasa pasti akan disambut baik oleh masyarakat kristian. Apa lagi yang orang kristian nak? Kalau Bible Society Malaysia tak terima juga maksudnya, isu ni bukan sekadar isu Injil sebenarnya tapi...

Bukan setakat tu saja, kabinet Najib buat lebih jauh lagi dengan menghina diri, mengaku kesalahan bagi pihak kerajaan dan kakitangan awam dan harap orang kristian maafkan. Satu tindakan yang mungkin tak pernah Umno BN buat. Tapi untuk survival politik dan undi di Sarawak,  kali ni Umno BN sanggup buat.

Persoalannya adakah orang Islam akan tak puashati? Aku yakin kalau tak puashati pun tapi takkan sampai ke mana.

Mungkinkah mufti Selangor yang sebelum ni keras dengan isu kalimah Allah akan keluarkan fatwa baru? Mungkinkah mufti Perak yang takut dengan tarian poco-poco akan jugak keluarkan fatwa baru?

Adakah PERKASA yang sebelum ni sangat lantang dengan isu kalimah Allah akan bangkit sekali lagi dengan lwbih lantang lagi?
 
Dengan kempen pilihanraya negeri di Sarawak dalam fikiran aku rasa tak. Kalau berbunyi pun mungkin sekadar 'melepaskan batuk di tangga'.

Malaysiakini melaporkan: 
Injil bahasa Melayu boleh dicetak di negara ini
Apr 2, 11 8:27pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala hari ini mendedahkan penyelesaian 10 perkara berhubung kontroversi kitab Injil.

Antaranya, kumpulan Kristian di negara ini, kini dibenarkan mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa Melayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.

“Kitab Injil juga kini boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Bagi, kitab Injil di Sabah dan Sarawak, tiada cap mohor atau nombor siri perlu dikenakan tetapi bagi kitab seumpama itu di Semenanjung, ia mesti tertera perkataan “Penerbitan Agama Kristian” dan lambang salib dicetak di kulit depan.

“Saya berharap penyelesaian 10 perkara ini akan disambut positif oleh kumpulan Kristian kerana ia adil dan berpatutan. Kita mesti mencari penyelesaian bagi menangani isu Injil dan juga masalah lain yang ditimbulkan oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.

Beliau mengakui kerajaan dan kakitangan awam bukan sempurna kerana semua manusia adalah “menarik tetapi tidak sempurna pada mata Tuhan”.

"Dan atas segala kekurangan kami dalam menangani isu Injil ini, saya berharap penganut agama Kristian akan memaafkan kami,” katanya. - Mkini
Berkaitan
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...