Hampir pasti Mazlan tak jadi calon PAS di N05 Tenang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Januari 10, 2011

Hampir pasti Mazlan tak jadi calon PAS di N05 Tenang

Macam yang pernah aku tulis sebelum ni, aku harap sangat PAS tak letakkan Mazlan Aliman yang juga Pengerusi ANAK sebagai calon di N05 Tenang. Aku dah bagi beberapa alasan dalam tulisan aku sebelum ni (kat sini dan sini.)

Walaupun dikatakan Mazlan dia termasuk dalam senarai pendek tapi nampak macam hampir pasti Mazlan takkan dicalonkan sebagai calon PAS di PRK Tenang.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 10 Jan — PAS dipercayai telah memutuskan antara Exco Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Johor untuk mewakili Pakatan Rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya kecil hujung bulan ini.

The Malaysian Insider difahamkan kepimpinan parti itu telah menyenarai pendekkan Firdaus Masod dan Normala Sudirman untuk membawa cabaran di Tenang.

Firdaus merupakan seorang peguam manakala Normala pula berkhidmat sebagai guru. Masing-masing berusia awal 30-an. - TMI
Dalam Facebook PRK N.05 Tenang, ada yang bagi maklumat lebih detail lagi.
Calon Muslimah PAS bagi PRK Dun Tenang... Bekas Guru Pemulihan Khas, Normala bte... Sudirman. Disebut2 sebagai calon utama PAS pada PRK Dun Tenang oleh seorang sumber "org kuat" PAS Labis.

Calon wanita yang berumur 38 tahun itu ialah bekas seorang guru pendidikan khas khabarnya telahpun meletakkan jawatan 24 jam sbg guru baru2 ini (dipercayai sbg persediaan untuk menjadi calon di DUN Tenang). - FB PRK N.05 Tenang
Kalau aku dibagi kuasa untuk pilih calon, aku pun lebih suka kalau calon dari Dewan Muslimat yang dipilih. Pasainya, dengan memilih calon dari kalangan muslimat, PAS secara tak langsung menjawab beberapa soalan yang selalu timbul.

Yang pertama, masalah gender dalam PAS. Pemilihan ni akan bagi jawapan yang jitu yang PAS memang tidak pernah menghalang muslimat untuk jadi calon.

Walaupun, memang orang perempuan dah biasa jadi calon PAS dan dah biasa menang pun, malah dah dilantok jadi Exco pun di beberapa negeri, tapi soalan ni tetap timbul jugak terutama bagi rakyat yang kurang dapat maklumat selain dari saluran media yang dikuasai Umno BN. Pasainya bila muslimat jadi calon masa PRU, maklumat tu tak didedahkan sangat dalam media yang dikuasai Umno BN

Dengan muslimat jadi calon PRK, lebih ramai yang akan dapat maklumat ni sebabnya mau atau tidak, media yang dikuasai Umno BN terpaksa jugak menyebut calon dari PAS adalah dari kalangan wanita.

Yang kedua isu 'muslimat sebagai pemimpin'. Realitinya masih ramai jugak lagi dari kalangan ahli PAS sendiri yang masih menolak muslimat jadi calon atas hujjah orang perempuan tak boleh jadi ketua kepada orang lelaki termasuk dari kalangan ahli PAS yang cukup aktif.

Dengan muslimat jadi calon PRK, isu ni akan timbul balik, dan aku yakin bilangan ahli PAS yang menolak muslimat jadi calon akan jadi semakin berkurang, kalau pun tak habis terus.

Yang ketiga, dengan muslimat jadi calon PRK, aku yakin semangat muslimat untuk bertugas dalam PRK kali ni akan lebih meningkat. Memang siapa pun tak dapat menafikan sumbangan tenaga muslimat dalam pilihanraya terutama sekali dalam soal merayu undi. Memang PAS begitu bergantung kepada tenaga muslimat untuk merayu undi. Dengan muslimat jadi calon di PRK ni, boleh dianggap sebagai pengiktirafan kepada sumbangan muslimat selama ini.

Lagi pun, kalau betullah macam ramalan banyak pihak yang Umno BN pun akan letak orang perempuan sebagai calon, memang sesuai sangatlah kalau PAS pun letak orang perempuan jugak sebagai calon.

Akhir sekali, tak kira la sama ada Firdaus Masod atau Normala Sudirman yang dipilih jadi calon, yang pentingnya, bukan Mazlan Aliman.

Sumber: Facebook
Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...