Kenapa pengerusi Anak tak sesuai jadi calon PRK Tenang - siri 2 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Disember 29, 2010

Kenapa pengerusi Anak tak sesuai jadi calon PRK Tenang - siri 2

Sebelum ni aku dah bagi sebab-sebab pasai apa aku tak setuju pengerusi Anak, Mazlan Aliman jadi calon PRK N5 Tenang. Kali ni aku nak tambah sikit lagi.

Isu penyelewangan dan salahlaku Felda pada aku adalah salah satu isu yang kuat untuk digunakan dalam PRU13 nanti. Sebabnya isu ni begitu rapat dengan Presiden Umno Najib Razak sendiri. Peluru ni, kalau digunakan akan secara langsung kena kepada Najib sendiri.

Tambah-tambah pulak bila Isa "ikon rasuah" Samad dilantik jadi pengerusi Felda, lagi la bertambah panas isu Felda ni.

Mazlan Aliman sebagai pengerusi Anak amat penting sebagai penglima utama untuk bawak isu ni. Jadinya nama baik Mazlan Aliman perlu dipelihara. Kalau Mazlan Aliman jadi calon PRK N5 Tenang, aku yakin serangan Umno BN akan tertumpu kepada batang tubuh Mazlan Aliman. Dia tentunya akan dilondeh habis-habisan.

Umno BN akan gunakan apa saja cara untuk mencalarkan dan memburukkan nama Mazlan Aliman termasuk buat fitnah kepada Mazlan Aliman. Sedikit sebanyak nama Mazlan Aliman akan tercalar jugak terutama sekali di mata orang Felda.

Walaupun fitnah tu dibuat di Tenang tapi dengan media yang Umno BN kuasai tentunya fitnah tu akan tersebat jugak di seluruh negara.

Kalau Mazlan Aliman bukan calon di PRK Tenang, dia akan dapat berkempen terutama sekali dengan masyarakat Felda dengan lebih tenang. Walaupun mungkin akan ada jugak serangan peribadi kepada Mazlan tapi tentulah tak seteruk kalau dia yang jadi calon.

Jadinya, aku mengharapkan sangat Mazlan Aliman tak dipilih sebagai calon untuk PRK N5 Tenang. Lagipun dia bukan anak tempatan. Selain dari dia aku yakin PAS ada ramai calon lain.

Tapi kalau boleh letak calon barbangsa cina dari DHPP cantik jugak. Macam aku tulis dalam entry sebelum ni:
Aku rasa, untuk PRK N5 Tenang ni, lebih cantek kalau Pas boleh letakkan calon berbangsa Cina dari DHPP. Kalau pun mungkin makin payah nak menang tapi sekurang-kurangnya kita dapat tingkatkan lagi semangat ahli DHPP.


Dan yang lebih penting lagi, PRK ni boleh dijadikan tempat untuk kita buat bermacam-macam experiment yang dapatan dari experiment tu boleh dijadikan panduan untuk PRU13 akan datang.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...