o RON 95 naik 5 sen seliter
o RON 97 Harga ditentukan oleh "the automatic pricing mechanism"
o Diesel naik 5 sen seliter
o LPG nai 10 sen sekilogram
o Gula naik 25 sen sekilogram
Bila gula dengan minyak naik harga, tentu punya la harga barang-barang lain ikut naik sama. Tentu punya "kesan berantai" akan berlaku. Nampaknya makin ramai yang akan terasa beban. Tambah-tambah pulak untuk yang baru terkena dengan "sindiket perjudian haram piala dunia".
Dalam lamanweb PEMANDU, PM ada keluarkan satu kenyataan bertulis berkenaan pengurangan subsidi tu, tapi dalam BI. Walaupun laman web tu ada 2 bahasa tapi takdak pulak kenyataan dalam Bahasa Malaysia.
Kalau sapa-sapa nak baca, boleh download pasai kenyataan tu dalam bentuk pdf. Kat dalam kenyataan tu ditulis 3 sebab utama kerajaan ambik keputusan mengurangkan subsidi. Mudah fahamnya 3 sebab tu aku ringkaskan sebagai:
- Subsidi jugak menguntungkan orang kaya dan rakyat asing dan para peniaga guna subsidi 2 kali ganda dari bukan peniaga.
- Subsidi menyebabkan barang diseludup pasai harga kita lebih murah dari negara jiran.
- Kita dah semakin kurang simpanan minyak tempatan dan ramai rakyat Malaysia yang semakin gemuk.
Sebab no 3 pulak pada aku boleh dikategirikan sebagai BANGANG. Takkan la masalah gemuk tu takkan boleh selesai kalau setakat kurangkan makan gula. Kalau tak makan gula tapi tibai nasi sehari sampai 10 pinggan, takkan boleh kurus.
Pada aku cukup guna sebab no 1. Aku sebenarnya setuju kerajaan kurangkan subsidi. mermang pun selama ni, orang miskin tak untung mana dengan subsidi ni. Berapa liter sangat minyak yang depa guna kalau takat guna motor lampu bulat nak pi kebun. Berapa gram sangat gula depa nak guna kalau takat buat air teh o untuk sarapan.
Yang untung banyak, orang yang ada bisnes. memang la ada sikit sebanyak tempias untuk orang susah, tapi nama pun tempias, tempias pulak sikit sangat, memang depa tak terasa langsung.
Kalau betui kerajaan memang dah tak cukup duit, memang patut pun subsidi tu dikurangkan. Aku yakin kalau kerajaan betui-betui ikhlas, rakyat boleh terima.
Masalahnya, ramai rakyat tak boleh terima pasainya kerajaan tak ikhlas. Mula-mula Idris Jala kata Malaysia mungkin bangkrap tahun 2019 kalau tak kurangkan subsidi, lepas tu Najib pulak kata yang Malaysia takkan bangkrap tapi akan jadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Kalau betui negara nak bangkrap bagitau betui-betui. Aku rasa takdak masalah, makcik pakcik yang selama ni dok dapat bantuan dari kerajaan, kalau setakat nak sedekah balik kat kerajaaan setakat sepuluh dua kalau betui-betui negara nak bangkrap la.
Tapi sebelum nak mintak kat pakcik makcik yang miskin tu, semua harta negara yang pemimpin Umno dah rompak selama ni depa kena pulangkan balik la.
Apa pun, dengan pengurangan subsidi tu, kerajaan boleh jimat 750juta. Maknanya untuk PRU akan datang, kalau dibuat awai tahun depan, kerajaan ada tambahan 750juta untuk beli undi rakyat Malaysia.
Yang menariknya, Mkini melaporkan:
"Sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Mkini
Nota kaki