Untuk makluman, rang daftar tu akan dipamerkan mulai 20 hingga 26 Julai 2010 di Pejabat-pejabat Daerah dan Pejabat-pejabat Pos terpilih seluruh negeri Perak.
Aku harap semua ketua bab Daftar Pemilih UPU PAS di seluruh negara dah dapat salinan untuk UPU hangpa.
Kalau tak dapat lagi, hangpa tolong tanya kat ketua bab Daftar Pemilih Dun. Nak tanya elok-elok boleh, nak marah kat depa pun boleh. Kalau depa kata depa pun tak dapat lagi, memang depa patut sangat di marah.
Kalau ketua bab Daftar Pemilih Dun pun ada yang tak dapat lagi hangpa tolong tanya kat JPN. Bukan Jabatan Pendaftaran negara tapi Jabatan Pilihanraya Negeri.
Pasai apa hangpa nak kena ada salinan daftar tu? Pasainya hangpa kena semak daftar tu. Kena semak betui-betui, kena semak nama satu persatu, betui ka dak pengundi baru tu memang duduk kat UPU hangpa. Kena semak betui-betui pengundi yang Pindah Masuk tu betui ka ada kat Upu hangpa. Kena semak satu persatu, betui ka nama yang dipotong tu patut dipotong.
Nak bagi mudah kerja, hangpa patut agihkan pulak salinan daftar pemilih tu ikut lokaliti. Orang kat lokaliti berkenaan lebih boleh kenai nama-nama tu.
Kalau ada nama yang tak sepatutnya masuk dalam lokaliti berkenaan atau tak sepatutnya di potong dari lokaliti berkenaan, hangpa kena buat bantahan. Macamana nak buat bantahan? Kalau tak reti hangpa kena tanya kat orang yang reti.
Kalau orang di UPU tak reti kena tanya orang yang jaga Daftar pemilih kat DUN. Kalau orang yang jaga Daftar pemilih kat DUN pun tak reti kena tanya orang yang jaga Daftar pemilih kat JPN. Kalau orang yang jaga Daftar pemilih kat JPN kata dia pun tak reti, hangpa hantuk kepala dia kat dinding!!
Kat bawah ni aku bagi analisa Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Kedua Tahun 2010 untuk seluruh negeri Perak mengikut DUN. Hangpa boleh tengok sendiri angka-angka tu. Aku malas nak buat analisa dalam bentuk karangan. Data tu untuk yang "melayu" sahaja.
Cumanya aku harap jangan ada yang terlebih "angin" tengok data bawah ni. Pasainya data bawah ni hanya untuk yang daftar dari 1 April hingga 30 Jun 2010 saja, mungkin depa dah daftar ramai sebelum-sebelum ni. Mungkin dah takdak lagi yang belum daftar kat Dun Depa.
Kalau ada yang kurang percaya bila Matsamankati tulis SPR "buat kerja" untuk Umno, hangpa tengok angka untuk Dun Sungai Rapat. Hamidah Osman (Exco) lawan Radzi Zainon, majoriti cuma 636 undi sahaja. Yang daftar baru walaupun banyak berbanding Dun lain, mungkin betui pasai mungkin jentera PAS Umno dan PKR kat situ memang mantap.
Tapinya cuba hangpa tengok untuk yang MASUK, ada seramai 105 orang. MASUK ni maksudnya yang berpindah masuk. Harus diingat Penolong Pendaftar yang dilantik dari kalangan parti politik hanya boleh daftar pengundi baru sahaja. Nak tolong pindah tempat mengundi tak boleh. Hanya pegawai SPR saja yang boleh buat. Ataupun mungkinkah Pendaftar Sementara dari Umno boleh pindah pengundi?
Lagi satu Dun yang lebih hebat, Dun Changkat Jong. Di Dun ni ada seramai 130 orang pengundi di pindah masuk. Aku harap YB Anuar Sudin ambik tindakan proaktif. Kecuali la kalau dia rasa majoriti 899 undi tu besar sangat. Aku jugak harap Hj Asmuni pi turun "melawat" jentera Dun Changkat Jong dalam masa terdekat ni.
Akhir sekali, kot-kot ada yang nak mintak bantuan aku "tolong" buat analisa terpeinci untuk Dun hangpa berdasarkan Upu, boleh hubungi aku melalui email, cenangau @ gmail.com.
Aku tak la tera sangat guna excel, tapi boleh la kalau takat nak tau berapa yang daftar baru, berapa yang pindah masuk, berapa yang mati, berapa undi tentera baru, berapa undi pos yang hilang kelayakan.
Nota kaki