Walaupun aku sendiri tak pernah percaya dengan SPR tapi aku pilih untuk berbeza pendapat dalam isu ni. Tak menasabah langsung nak tuduh SPR saja-saja pindahkan tempat mengundi lebih 13ribu pengundi semata-mata nak 'jatuhkan' Pakatan Rakyat.
Kecuali la kalau PKR boleh buktikan yang kalau pun tak semua tapi kebanyakkan pengundi yang dipindahkan tu adalah pengundi Pakatan Rakyat. Aku yakin PKR tak mungkin mampu nak buktikan.
Kalau pengundi yang kena pindah tempat tu penyokong PR ada dan penyokong BN pun ada, aku rasa lagi untung untuk PR pasainya pengundi PR lebih ramai yang sanggup bersusah payah berbanding pengundi BN.
Lagi satu, yang lebih penting, kenyataaan dari Fuziah Salleh ni sebenarnya mendedahkan kelemahan jentera pilihanraya PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Pasainya kerap sangat isu'isu berkaitak tindakan SPR macam ni kita dengar bila ada PRK tapi sampai la ni pun masih jugak kita dengar. Selama ni apa jentera kita buat??
MalaysianInsider melaporkan:
PKR dakwa SPR sengaja pindah lebih 13,000 pengundi
Oleh Clara Chooi
HULU SELANGOR, 18 April — Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sengaja memindahkan 13,488 pengundi ke pusat-pusat pengundian baru berbanding lokasi mereka pernah mengundi dua tahun lalu.
Sehubungan komponen Pakatan Rakyat itu meminta penjelasan SPR berhubung perubahan lokasi mengundi itu melibatkan sejumlah pengundi yang begitu ramai.
Kerusi itu dimenangi calon PKR dengan kelebihan 198 undi pada 8 Mac 2008.
Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata langkah SPR itu akan mencetuskan kekeliruan di kalangan pengundi apabila keluar mengundi pada Ahad ini.
“Saya sentiasa percaya bahawa SPR sebenarnya menjadi alat bagi Barisan Nasional (BN), digunakan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat,” kata beliau pada sidang media harian di bilik gerakan utama PKR di sini pagi ini.
Ia merupakan sidang media pertama selepas penamaan calon semalam.
“Ini dengan jelas menunjukkan pengguaan strategi sedemikian. Bayangkan suasana kelam kabut yang mungkin timbul apabila pengundi tiba di pusat mengundi yang mereka pernah mengundi sebelum ini (pada 2008) dan mendapati nama mereka sudah dipindahkan ke tempat lain,” katanya,
Bagi mempertahankan kerusi Hulu Selangor ini, Pakatan Rakyat menerusi PKR telah menurunkan Datuk Zaid Ibrahim, 59, yang merupakan bekas menteri persekutuan.
Kerusi itu dimenangi oleh Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 2008 dengan majoriti 198 undi.
Zaid berhadapan dengan saingan daripada calon BN, P. Kamalanathan yang dilihat sebagai pesaing utama dan dua calon Bebas iaitu V.S. Chandran dan Johan Mat Diah.
Fuziah menambah, langkah memindahkan pengundi-pengundi berkenaan ke tempat lain tanpa notis awal sebenarnya boleh menghindar mereka daripada membuang undi kali ini.
“Ini satu amalan yang sangat tidak adil,” kata Fuziah.
Ahli Parlimen Kuantan ini memberitahu, pihaknya mengesan pemindahan tempat mengundi daripada penelitian daftar pemilih yang diwartakan 5 April lalu dan dikeluarkan tiga hari kemudian.
“Kami ada pecahan. Sudah pasti SPR akan mengatakan bahawa ia amalan biasa bagi mereka membersihkan daftar pemilih,” katanya.
Sehubungan itu kata Fuziah, pihaknya akan bekerja sepanjang hari menjelang hujung minggu ini untuk memaklumkan pengundi-pengundi terbabit tentang perubahan tempat mengundi tetapi membidas SPR kerana gagal memaklumkan pengundi terbabit.
“Mereka sendiri (SPR) sepatutnya telah menghantar notis kepada pengundi terbabit,” katanya.
Fuziah juga meminta pengundi-pengundi kawasan Hulu Selangor supaya mengambil berat tentang perkembangan berkenaan.
“Mereka boleh datang ke bilik operasi kami untuk mengetahui tentang lokasi pengundian,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Strategik PKR Chua Tian Chang berkata, langkah memindahkan pusat pengundian sebenarnya merupakan tindakan yang boleh mengelirukan pengundi.
“Anda boleh melihat perubahan yang telah dibuat di mana pengundi Cina perlu mengundi di kawasan pengundi Melayu dan begitu juga pengundi Melayu terpaksa mengundi di kawasan pengundi Cina.
“Bayangkan kekeliruan mereka bakal alami,” kata beliau yang lazimnya dikenali sebagai Tian Chua.
Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai langkah kotor digunakan oleh BN untuk memenangi kerusi Hulu Selangor menggunakan “jalan belakang.”
PKR mendakwa pemindahan melibatkan ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri dalam bahagian Parlimen Hulu Selangor.
Di DUN Hulu Bernam, ia melibatkan pengundi dari Sekolah Kebangsaan (SK) Hulu Bernama ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Hulu Bernam (35 pengundi), dari Sungai Selisik ke SK Gesir Tengah (331 pengundi), dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kalumpang ke SRA Kalumpang (235 pengundi) dan SRA Hulu Bernam ke SK Hulu Bernam (Ladang Ascot) melibatkan 1,085 pengundi.
Dalam DUN Kuala Kubu Baru pula, pemindahan melibatkan dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Kuala Kubu Baru ke SMK Dato’ Haji Kamaruddin (2,824 pengundi) dan SRA Kuala Kubu Baru ke SMK Kuala Kubu Baru Jalan Kolam Air (1,801 pengundi).
Di DUN Batang Kali pula, dari SK Serendah ke SRJK Cina Serendah (751 pengundi), SRJK Cina Serendah ke SRA Serendah (1898 pengundi), SRJK Cina Serendah ke SK Serendah (906 pengundi) dan SMK Syed Mashor ke SK Bandar Baru Batang Kali (2,270 pengundi).
Selain itu, pusat mengundi baru di SRA Taman Bunga Rakyat melibatkan pemindahan dari daerah mengundi Bukit Beruntung ke SRA Taman Bunga Raya (550 pengundi), Taman Bunga Raya ke SRA Taman Bunga Raya (302 pengundi) dan kawasan sekitar melibatskan 498 pengundi.
Kawasan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos. - MalaysianInsider ⊗
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10