Untuk jawab isu yang dah pun dimainkan sebaik saja nama Zaid diumumkan sebagai calon, Azmin Ali cabar Umno supaya kemukakan bukti.
“Kalau ada bukti, buktikan... apakah Najib tiada akhlak tidak baik, pemimpin-pemimpin Umno ada perangai baik (sahaja),” kata beliau ketika ditemui di Kompleks Serba Guna Sukan di sini, tempat berlangsungnya penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor hari ini. - MalaysanInsiderSeperti menjawab cabaran tu, Hishamuddin pulak dilaporkan berkata:
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan pembabitan Umno dalam mengaitkan Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan tabiat suka meminum arak.
Beliau yang juga menteri keselamatan dalam negeri berkata, PKR seharusnya tidak cepat melatah dengan menuduh Umno dalang disebalik tuduhan yang berlegar di dalam blog kerana apa yang tertulis adalah tuduhan peribadi penulis, bukannya Umno. - Malaysiakini
Sebelum tu, Malaysiakini melaporkan Fuziah Salleh berkata:
Katanya, selain sudah berubah setelah menyertai PKR, Zaid juga sudah mengerjakan haji dan adalah tidak wajar untuk mengungkit sejarah silam seseorang bagi mengaibkannya.Artikel tu jugak melaporkan Mohd Ali Rustam berkata:
"Kita tidak harus menghukum beliau dalam keadaan sekarang yang sudah berubah...Barisan Nasional (BN) patut malu untuk menggunakan taktik kotor dan bukan bercakap soal peribadi seorang yang sudah berubah.
"Tuhan mana-mana pun, Tuhan Kristian ke, Tuhan Hindu ke, orang Buddha, Muslim ke...bila seseorang itu sudah bertaubat dan berubah, orang lain tidak ada hak untuk menghukum mereka, Tuhan pun tidak akan menghukum mereka," katanya di Hulu Selangor hari ini. - Malaysiakini
"Datuk Zaid dah tak minum lagi"Sebelum tu BuletinOnline ada melaporkan TG Hj Hadi Awang berkata:
“Dia cakap dia dah tak minum lagi," katanya yang disambut dengan senyuman daripada para hadirin.
"Aku bukan nak mengata kau (Zaid), aku cuma dengar cerita. Bukan saya kata...," katanya.
Mohd Ali juga berkata ada pihak yang mengatakan bahawa Datuk Zaid sudah tidak lagi mengambil alkohol.
"Dia kata Datuk Zaid dah tak minum lagi. Betul ke? Orang kata Datuk Zaid minum. Sekarang Datuk Zaid dah tak minum lagi.
"Satu lagi orang kata, Datuk Zaid baru balik haji. Dah dia nak bela, beria-ria," katanya. - Malaysiakini
”Ada wartawan bertanya saya, bagaimana perangai yang tidka molek Zaid dalam Umno dulu, dan macam-macam lagi semasa beliau dalam Umno,
”saya jawab mudah, dia telah tinggalkan semua perangai buruk dalam Umno, semua yang tidak baik dalam Umno,”tegasnya - BuletinOnline
Utusan pulak melaporkan Zaid Ibrahim berkata:
⊗
"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.
"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di Kerling di sini. - Bernama
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10