Sumber: Malaysiakini |
Kegagalan semua pihak yang dilantik membina Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak, Terengganu, mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam kontrak menjadi punca bumbung stadium itu runtuh pada 2 Jun lalu, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.Malaysakini juga melaporkan:
Dalam kejadian tersebut, bumbung stadium yang menempatkan pintu A, B, dan B1 ke tempat duduk awam serta tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan runtuh.
Ia berlaku selepas setahun stadium bernilai RM292 juta itu siap dibina dan menjadi venue utama sukan termasuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2008.
Menteri besar berkata, laporan kertas siasatan berhubung kejadian tersebut mendapati semua pihak yang dilantik membina stadium tersebut, menyumbang kepada keruntuhan bumbungnya.
"Tidak ada satu pihak pun yang ditunjukkan benar-benar paling bersalah. Semua bahagian pun ada (salah). Semua pihak menyumbang ke arah runtuhnya bumbung stadium itu," katanya. - Malaysiakini
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa penyiasat, Ahmad berkata punca utama bumbung stadium berkenaan runtuh adalah berikutan bahan dan kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi spesifikasi, faktor reka bentuk yang tidak memadai dan bumbung yang tidak dibina dengan sempurna.Bagi orang macam aku yang biasa terlibat dengan sektor pembinaan, berani kata dengan yakin, punca semua tu takdak lain melainkan RASUAH.
Beliau berkata kawalan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek serta pengawasan yang lemah semasa proses pembinaan stadium sedang dijalankan dan faktor kekurangan pekerja mahir juga menyumbang kepada kejadian tersebut.
Soal "kawalan kualiti" memang jelas dalam prosedur termasuklah soal "pengawasan" kualiti, semua tu perlu diikuti, kalau tidak pengesaham tidak boleh dibuat yang akubatnya pembayaran boleh disekat, kecuali jika dilapik dengan "sampul rasuah".
Macam tu jugak soal "rekabentuk yang tidak memadai" tak akan boleh lulus kalau cadangan tu tak 'dilapik' dengan "sampul rasuah."
Dari segi teknikal, yang paling perlu disalahkan adalah JRK,pasainya apa sahaja berkaitan teknikel terutama sekali diperingkat rekabentuk perlu dapat kelulusan JKR sebelum kerja boleh dimulakan. Begitu juga bila dah siap, pihak JKR perlu mengesahkan pembinaan tu dibuat mengikut specifikasi. Kalau tak ikut spec, CF tak boleh dikeluarkan.
Tapinya nak salahkan pegawai-pegawai JKR yang terlibat pun tak berapa boleh jugak sebenarnya. Kalaupun memang depa sedar stadium tu dibuat tak ikut spesifikasi dan depa memang tak setuju nak bagi pengesahan. Tapi kalau ada "arahan dari pihak atasan" (baca: pemimpin Umno) takkan depa berani nak engkar.
Apapun, berdasarkan pengalaman aku dalam bidang ni, aku cukup yakin hampir semua pihak terlibat dengan rasuah, samada memberi atau pun menerima. Kalau pun tak terlibat dengan rasuah secara terus, mesti sekurang-kurangnya terlibat "menyalahguna kuasa".
Nota kaki
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10