Sumber: Greenboc. |
Bernama melaporkan:
ALOR SETAR, 10 Mac (Bernama) -- Kerajaan Kedah menggugurkan dua anggota exconya iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh dari PAS, dan Adun Bakar Arang, Tan Wei Shui dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada senarai exco baru yang diumumkan pada Rabu.Nasib baik la depa tak guna perkataan "memecat". Padahalnya cerita tukar exco ni benda biasa la. ambah pulak untuk 'kerajaan baru'. Maksud aku masih dalam proses 'belajar' memerintah. Baru nak timba pengalaman.
Menggantikan tempat mereka ialah Adun Air Hitam, Abdul Ghani Ahmad (PAS) dan Adun Sidam, Tan Chow Kang (PKR), manakala lapan penyandang dilantik semula untuk tempoh setahun lagi, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada pemberita selepas majlis pelantikan exco baru, di sini. - bernama
Sebelum ni masa jadi pembangkang dulu, memang senang. Apa yang Umno BN buat yang nampak tak berapa nak kena, belasah saja, cuma modai air liur. Bila dah pegang kerajaan ni mana boleh buat macam tu lagi. La ni kalau nampak tak berapa nak kena, kut mana pun kena buat bagi kena.
Dua Exco yang digugurkan ialah Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat negeri yang juga Adun Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri yang juga Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu. - bharianHarapan aku, sebagai 'orang IT', dengan pertukaran Exco berkenaan IT kali ni, akan nampak lebih peningkatan dalam bidang IT di Kedah sana. Macam-macam boleh dibuat yang aku rasa Kedah mampu buat yang depa tak buat lagi.
Nota kaki
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10