Sumbe gambar: asiaarticle.com |
Seorang petugas, Mohd Halizal Alias iaitu bekas Setiausaha PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu mendedahkan, Zulkifli sewaktu menjadi calon atas tiket PKR semasa PRU-12 lalu hanya datang sehelai sepinggang.Kalau baca artikel tu, memang jelas Zulkifli Nordin ni memang jenih tak bleh pakai. Sekurang-kurangnya sebagai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, memang dia ni jenis tak boleh pakai. Kalau ada KPI, dah tentu-tentu punya tak lulus.
Zulkifli, tegasnya perlu mengingat kembali, siapa yang telah bertungkus lumus memenangkan beliau pada pilihan raya itu.
"Beberapa orang termasuk saya adalah orang yang bertanggungjawab berkempen untuknya.
"Kami melakukan apa sahaja demi rakyat yang bersepakat menolak BN, " katanya dengan nada kecewa.
Kekecewaan terhadap Zulkifli, jelasnya bukan baru kerana ahli parlimen itu juga tidak memberi kerjasama sewajarnya dalam usaha menangani masalah di kawasan beliau.
"Zulkifli tidak pernah turun bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim, Lim Soon Nee dan Bandar Baru, Ustaz Yaacob Husein ke Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah di Pejabat Daerah Kulim (MDK)," katanya lagi.
Selain itu, Zulkifli juga didakwa jarang dilihat melakukan tinjauan ke kawasan apatah lagi bersama orang kampung dalam aktiviti kemasyarakatan yang diadakan.
"Jika turun pun beliau sering melakukanya secara persendirian atau senyap tanpa melibatkan kepimpinan PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) di peringkat cabang dan ranting," tambahnya lagi. - Harakahdaily
Yang aku mushkilnya, pasai apa kena tunggu sampai 2 tahun baru benda ni nak ditimbulkan. Tu pun pasai dia dah dipecat dari PKR, baru ada pihak yang berani dedahkan kepada umum. Kalau tak tentu ramai yang taktau.
Aku yakin pihak PKR pusat maklum pasai ni. Yang aku mushkilnya takkan takdak makanisma nak selesaikan masalah macam ni. KAlau dah terbukti dia tak jalankan tugas dia sebagai wakil rakyat, takkan takdak tindakan berkesan boleh diambil.
Kalau betui Zul Nordin ni pun salah seorang calon yang Anwar salah pilih, pada aku lebih salah lagi bila calon yang salah pilih tu tak dibetulkan. Lagi bertambah salah bila calon yang salah pilih tu tak dibetulkan dan kemudiannya terus 'disimpan' macam takdak salah apa-apa.
Kalau macam tu, maknanya kalau Zul Nordin bersalah sekali pasai mengkhianati kepecayaan pengundi dia, Anwar dan PKR pulak salah 3 kali pasai salah pilih calon, tak betulkan calon yang dah menang tu dan kemudian 'simpan' calon yang dah menang tu macam takdak salah apa-apa.
Nota kaki
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10