Bernama pada 16 Feb melaporkan :
PULAU PINANG, 16 Feb (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa mengakui beliau salah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum yang lepas.Setakat ni dah 7 orang wakil rakyat dari PKR keluar parti. Dari jumlah tu 2 orang Ahli Parlimen; Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed keluar minggu lepas dan hari ni pulak Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng.
"Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih. Ketika itu PKR masih baru. Jadi kita terpaksa angkat (mereka)," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR, di sini hari ini.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih. - bernama
Elok jugak dia mengaku awai-awai. Pasainya memang pun boleh hempuk atas kepala 'boss' bila orang bawah dia yang dia sendiri pilih tak boleh pakai.
Tapi, pada aku yang paling besar sekali 'salah pilih' yang Anwar buat bila dia lantik Salahuddin sebagai Setiausaha Agung PKR. Kalau takat salah pilih untuk calon ahli Parlimen boleh kira jugak, tapi bila pilih setiausaha agung pun boleh silap, taktau la berapa orang yang dia 'pilih betul'.
Yang nyatanya Salahuddin dah pun lama letak jawatan dan keluar PKR tak lama lepas tu walaupun tak jadi isu. Yang lagi jelas bila Salahuddin ada masa kedua-dua Ahli Parlimen tu umumkan keluar PKR.
Yang lagi menarik dalam berita pukul 8 Salahuddin dengan bongkaknya bagitau yang semua Ahli Parlimen PKR akan kelaur dari PKR secara berperingkat kecuali Ahi Parlimen yang 'sosialis', aktivif NGO dan kroni, dia suruh kira sendiri berapa orang.
Takkan sampai macam tu teruk Ahli Parlimen PKR yang juga tentunya pimpinan tinggi PKR? Boleh mampus la Pakatan Rakyat kalau macam tu. Kesian kat rakyat marhain yang selama ni berangan-angan untuk Malaysia yang lebih baik di bawah Pakatan Rakyat.
Moga-moga semua tu tak benar, dan tindakan depa lompat keluar lebih kepada hanya 'proses tapisan' politik saja. Apa pun aku harap Anwar tak betul-betul anggap semua tu "bukan masalah besar" dan segera ambil tindakan yang berkesan.
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10