Harakahdaily melaporkan yang Dr. Syed Husil Ali, Timbalan Presiden PKR kata:
Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti, kata Syed Husin dalam kenyataannya.Aku rasa selain Fairus ni, tak mustahil ada lagi spesis 'biawak' ni yang PKR tengah bela. Kalau ada tolong la cepat-cepat buang, jangan la khianat lagi kepercayaan rakyat yang semakin berkurang la ni. Tak payak la nak bagi alasan imbuhan yang dibagi setimpal dengan 'pulangan' dari 'kerja' tu.
Bagi beliau, Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan.
"Apabila berhenti, beliau menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian," kata Syed Husin.
Menurutnya, atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati, PKR memberikannya “kerja” dengan bayaran bulanan sebanyak RM4000. - Harakahdaily
Di pihak lain, aku harap sangat-sangat kes macam ni takdak dalam Pas. Aku tak boleh bayangkan kalau Pas ada bela biawak hidup macam ni. Bagi makan sampai RM4,000 sebulan menggunakan duit sumbangan ahli. Pasainya kalau guna duit korperat yang 'ada kepentingan peribadi' takpa la jugak. Masalahnya antara penyumbang yang ramai dalam Pas ni termasuk golongan marhaen yang sanggup ikat perut semata-mata nak bagi derma jihad masa ceramah Pas.
Aku harap-harap sangat la benda-benda macam ni tak berjangkit dalam Pas. Kalau selama ni ada spesis ni dalam Pas, memang aku tak halal . Atau pun, mungkinkah ada benda-benda tak betul macam ni yang membuatkan Pas belum lagi dibagi peluang untuk menang.
Apa pun, Fairuz tak perlu risau pasai Najib sendiri berjanji
“Oleh itu atas nama Presiden Umno, anak muda bernama Fairus akan diterima dengan senang hati (ke dalam Umno) kerana saya tahu beliau mengambil keputusan atas soal prinsip, atas nama perjuangan... mahu menjadi anggota Umno.Aku rasa kalau setakat "melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan" tu takdak apa-apa bagi Umno, macam 'celah gigi' ja. Lagi pun ganjaran tu bukan apa, cuma sebagai upah untuk "melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan, lagi pun tu semua cuma sebagai upah untuk "memainkan peranan kepada parti, bangsa dan agama."
“Oleh itu kita kena jaga beliau dengan baik, beliau boleh memainkan peranan kepada parti, bangsa dan agama,” - MalaysianInsider
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10