Macam biasa, bangunan Perak Darul Ridzuan di kawal ketat, cumanya tidak seketat masa persidangan yang lepas. Arahan dari speaker haram tu tidak dipersetujui oleh Adun PR, dan depa berkeras untuk dibenarkan masuk melalui mana-mana pintu ang depa suka dan depa pilih untuk masuk melalui pintu E. Selepas bertengkar hampir 15 minit di depan pintu E akhirnya barulah Adun PR dibenarkan masuk melalui pintu tu.
Sebelum sidang dimulakan, Adun Dap, Ngeh Kho Ham bangkit pertikaikan kehadiran polis yang begitu ramai di dewan. Semua Adun PR turut sama desak supaya pihak polis keluar dari dewan pasai depa tidak ada hak berada dalam dewan.
Tajol Rosli, ADUN Pengkalan Hulu mempertahankan kehadiran polis tu kononnya nak menjaga keselamatan Raja Nazrin yang akan rasmi sidang kali ni. Depa ni turut berbaris di depan Speaker 'haram' Ganesan. "6sergeants-at-arms in front of Speaker's chair" - Lim Kit Siang
Walaupun Adun Pengkalan Pasir, Hj Nizar bagi jaminan sidang kali ni takkan timbul kekecohan walaupun takdak polis dalam dewan tapi Speaker haram tetap tak ambil peduli dan terus memulakan sidang.
Selepas selesai bacaan doa, Ganeson bangun mungkin untuk menjemput Raja muda masuk ke dalam dewan,tapi selepas menyedari speaker 'halal' Sivakumar turut bangun, Ganeson kembali kekerusi speaker, mungkin takut Sivakumar merampas kerusi tersebut.
Setelah Raja Nazrin masuk ke dalam dewan, semua anggota polis yang Tajol Rosli kata untuk jaga keselamatan Raja Muda, semuanya keluar meninggalkan dewan.
Semua media ditempatkan di dalam bilik berkaca gelap. Cuma boleh memerhati ahli dewan bercakap seperti menjerit tetapi tidak dengar suara kerana speaker dalam bilik tersebut dimatikan. Speaker cuma mula dihidupkan apabila Titah Ucpan Perasmian bermula.
Pada sekitar jam 10.15 pagi, Raja Nazrin memulakan Titah Ucapan Perasmian sidang dun kali ni. Ucapan berlangsung lebih kurang 25 minit. Selepas tu Mufti Perak membacakan doa ucapan perasmian. Kemudian Speaker 'haram' mengumumkan Sidang ditangguh ke pukul 10.00 pari esok. Sidang berakhir untuk hari ni.
Sebaik sahaja Raja Nazrinkeluar dari dewan persidangan, polis yang takdi dikatakan untk menjaga Raja Nazrin meluru masuk dan mengambil semula tempat depa tadi. Nampak sangat depa ni nak jaga 'dewan' bukannya nak jaga Raja Nazrin.
Selepas selesai sidang Dun, Adun PR telah mengadakan satu sidang media di Wisma DAP yang berjiran dengan Pejabat Pas Perak dan Pejabat PKR Perak di Medan Istana, di seberang jalan Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Dalam sidang media tu, Hj Nizar 'MB
"Kami dihalang untuk mengadakan sidang media di perpustakaan seperti biasa. Kami tidak dibenar masuk dalam dewan ikut pintu E dan dikatakan itu adalah pintu BN, kami protes dan akhirnya kami dibenarkan masuk.
Hampir 15 minit kami tergendala disitu dan ini cara baru yang dilakukan BN untuk halang kami masuk .Kami lihat dalam galeri penuh dengan polis dan dewan dipenuhi polis. Ini pencemaran dan kami bantah dan kondem dengan arahan kepada polis yang tidak sepatutnya.
Inilah sebab kami ajak berbincang dengan tujuan kami bersidang dengan licin dan mohon sidang selama 5 hari namun ditolak."
Ngeh Kor Ham pulak turut mempertikaikan kehadiran anggota polis yang ramai di dalam dewan persidangan. "Saya cabar supaya esok hari tidak ada polis. Dan kita akan lakukan sesuatu kalau esok masih ada polis." tambah Ngeh Kor Ham.
Beliau turut mempertikaikan agenda sidang di mana tidak ada jadual perbahasan ucapan titah Sultan oleh semua Adun. Ini seolah-olah ini satu penghinaan kepada Sultan sendiri. Ucapan perasmian yang begitu bernas dan merangkumi semua aspek tidak berarti sekiranya tidak ada perbahasan.
Sebelum ini dilaporkan Speaker 'haram' Ganeson telah menolak soalan yang dikemukakan oleh Adun PR.
Sebanyak 216 soalan telah dihantar oleh 27 ADUN pakatan Rakyat Perak(kecuali Speaker Sivakumar) namun dengan angkuh dan sombong serta membelakangi dan mematuhi peraturan yang sedia, Ganesan yang telah menyamar sebagai Speaker DUN Perak telah menolak soalan dari 20 orang ADUN PR dan cuma menerima soalan yang dihantar melalui Email.
Perlu saya tegaskan bahawa Surat notis panggilan sidang yang dikirim oleh SU Dewan yang mewakili Ganesan bertarikh 1 Mac 2010 dengan jelas menyebutkan begini :
"4. Sehubungan dengan mesyuarat tersebut, Yang Berhormat adalah diminta mengemukakan kenyataan-kenyataan mengenai Soalan-soalan Lisan dan bertulis, Usul-Usul dan Ucapan penangguhan(sekiranya ada) kepada pentadbiran ini tidak lewat dari hari Isnin, 15 Mac 2010 melaui fax ke talian 05-2410451 atau e-mail kepada rumaizi@perak.gov.my, rosnah@perak.gov.my, salamiah@perak.gov.my."
Jelas surat tersebut telah memberi kebebasan kepada semua ADUN untuk mengemukan soalan dalam bentuk surat, fax atau email kepada penntadbiran, namun dengan "bodoh" dan semacam "tidak bersekolah" Ganesan tidak faham isi kandungan surat tersebut dengan menolak usul yang telah kami dikemukakan. - CinaIslam ?
Sumber gambar : Al-Banjari
Sumber cerita : Blog CinaIslam, AnilNetto Cover-it Live
Nota kaki
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10