Malaysia antara 10 tertinggi ambil arak di dunia | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mac 30, 2010

Malaysia antara 10 tertinggi ambil arak di dunia

Sumber gambar: Pakcik Google
Harakahdaily melaporkan:

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong. - Harakahdaily
Bukan takat tu saja:
Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak. "Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi. - Harakahdaily
Nak buat macamana, merata ceruk ada juai arak kat Malaysia ni. Yang paling mudah  boleh dapat kat kedai 24 jam. Rata ceruk ada 7-11 la ni. Kalau dulu mungkin ada kat bandar-bandar besar ja, la ni kat pekan kecik pun dah ada 7-11 ni. Tu tak masuk lagi kedai runcit yang "jual secara haram".

Lagi satu aku rasa masalah ni mungkin jugak ada kaitan dengan "kepimpinan melalui teladan".

Tapi yang pastinya sebab utama pasai depa tak takut dengan amaran Allah.  Dalam Al-Quran jelas ditulis tentang arak ni, contohnya:

Wahai orang-orang yang beriman bahawasanya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya moga-moga kamu berjaya. -  Al-Maaidah, ayat 90 ?

Nota kaki makan cekam:  Aku yakin ramai dari orang Islam yang suka minum arak tapi tak sanggup nak makan babi sedangkan ramai ulama' kata arak jauh lebih haram dari babi.


Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...