Laporan ni aku himpun dari ruang PEMECAH BERITA Perakexpress. Laporan terkini oleh Peraksxpress
21/05/2009 - 4:53:15
Makamah Rayuan akan membuat keputusan terhadap rayuan Zamry Kadir pada jam 3.30 petang esok.
21/05/2009 - 4:45:25
Tun Majid Tun Hamzah pula mengambil tempat berhujah bagi pihak Zamry.
21/05/2009 - 4:40:50
Cecil berhujah..terdapat lebih dari satu cara untuk menyingkir Menteri Besar dan tidak semestinya hanya melalui undi tidak percaya.
21/05/2009 - 4:21:21
Ranjit sudah selesai. Sekarang Cecil Abraham membuat penggulungan. Diluar mahkamah..penyokong kedua-dua pihak mula bergerak kearah Bilik Bicara 3 Mahkamah Persekutuan.
21/05/2009 - 4:12:38
Sulaiman: " Apa yang difikirkan oleh Tuanku semasa pertemuan tersebut tidak penting. Apa yang difikirkan oleh Nizar itu yang relevan."
Sulaiman berhujah Nizar menghadap Sultan Perak untuk memohon pembubaran DUN mengikut peruntukan Perkara 36 (c) Undang-Undang Tubuh Perak, bukan mengikut Perkara 16 (6) seperti yang dihujahkan Cecil
Sulaiman selesai berhujah. Ranjit Singh pula memulakan hujah menyokong hujah-hujah Sulaiman.
21/05/2009 - 4:09:35
Sulaiman: " Apa yang difikirkan oleh Tuanku semasa pertemuan tersebut tidak penting. Apa yang difikirkan oleh Nizar itu yang relevan."
21/05/2009 - 16:09
Sulaiman meminta para hakim supaya tidak terpengaruh dengankeputusan penghakiman yang lepas-lepas.
Sulaiman: "Kami bukan menyanggah kuasa DYMM Sultan. Tapi adalah tidak masuk akal untuk mengatakan Nizar sudah hilang kepercayaan dan terus menyuruhnya meletakkan jawatan!"
21/05/2009 - 15:29
Sulaiman: " Tidak timbul persoalan Nizar perlu menghantar surat perletakan jawatan kerana undi tidak percaya tidak pernah dibuat."
Sulaiman Abdullah." Hanya satu sahaja cara untuk menyingkir Menteri Besar..iaitu dengan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri!"
21/05/2009 - 14:41
Sulaiman berhujah..sekiranya hujah Cecil dan Gani Patail diterima, Perdana Menteri boleh disingkir oleh YDP Agong kerana tidak mendapat sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen BN.
"Sulaiman:" Sekiranya Sultan mempunyai kuasa untuk menyingkir, sekiranya ada, ia semestinya terletak dibawah Artikel 18, tapi tak ada! Tidak juga terdapat dimana-mana!"
Mahkamah bersidang semula kira-kira 15 minit yang lalu. Sulaiman Abdullah sedang berhujah tentang mengapa keputusan Mahkamah Tinggi perlu dikekalkan.
21/05/2009 - 13:23
Gani Patail selesai menyampaikan hujahnya. Mahkamah ditangguhkan dan akan bersambung selepas makan tengahari dengan hujah-hujah dari peguam Nizar, Sulaiman Abdullah
21/05/2009 - 12:37
- Mahkamah Rayuan bersidang selepas rehat 15 minit dimana Peguam Negara menyerahkan kenyataan bertulis.
- Gani berkata, Penasihat Undang-undang Negeri macam pelanduk yang tersepit diantara dua gajah yang berperang..iaitu Sultan dan Menteri Besar. Dia bersikap berkecuali tanpa memihak kepada sesiapa.
- Kebuntuan ini berlaku kerana Nizar tidak mempunyai majoriti. "Ini diakui dalam affidavitnya."
- Dengan kedudukan ADUN 28-28, Speaker Pakatan tidak boleh mengundi dan walaupun tanpa 3 ADUN bebas..Pakatan hanya mempunyai 27 undi di DUN.
- Kalau dijalankan pengundian, Nizar akan kalah.
21/05/2009 - 12:14
Hakim Raus Shariff berkata..persoalan yang perlu diselesaikan sama ada hakim perbicaraan menterjemah Perlembagaan Perak dengan betul atau tidak.
"Kalau salah, rayuan akan diterima. Kalau betul, rayuan akan ditolak.
21/05/2009 - 12:01
- Peguam Zamry, Cecil Abraham berhujah..Sultan mempunyai hak untuk membuat keputusan membubarkan DUN mengikut perlembagaan.
- Sultan telah menimbangkan semua keadaan dan bertemu dengan ketiga-tiga ADUN yang melompat sebelum membuat keputusan.
- Sultan Perak mempunyai hak untuk berbuat demikian.Bertentangan dengan pendapat hakim Mahkamah Tinggi.
- Cecil berhujah, Artikel 16(6) masih relevan dimana MB perlu meletakkan jawatan sekiranya dia hilang majoriti dan Sultan boleh mengarahkannya meletak jawatan.
- Cecil: Artikel 36(2) yang menghalang Sultan daripada mengarahkan MB meletak jawatan hanya tertakluk kepada pilihanraya umum sahaja.
- Sultan bertindak wajar apabila menemui Najib, 3 ADUN yang melompat dan ADUN2 BN sebelum membuat keputusan.
- Artikel 16(6) jelas dimana Nizar perlu meletakkan jawatan tanpa perlu pengundian dari DUN.
- Sultan mempunyai hak untuk menyingkir Nizar dan melantik MB baru dibawah artikel 16(6).
- Hakim Mahkamah Tinggi silap kerana merujuk kes Stephen Kalong Ningkan kerana kes tersebut tidak meminta pembubaran DUN.
- Sekiranya MB tidak meletak jawatan diatas permintaan Sultan, perlembagaan memperuntukkan MB disingkir dibawah artikel 16(6).
Gambar suasana sekitar Mahkamah Rayuan dari Perakexpress