Laporan dari Mahkamah Rayuan Putrajaya - Hj NIzar vs Dr. Zambry | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 21, 2009

Laporan dari Mahkamah Rayuan Putrajaya - Hj NIzar vs Dr. Zambry

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Laporan dari mahkamah yang aku ambik dari blog UmmiAnni yang katanya ambik dari Tan Kuda.

8:24 Ketika ini anggota polis masih belum kelihatan di sekitar kawasan Istana Kehakiman

8:59 Wakil Datuk Seri Mohammad Nizar bersama peguamnya sudah memasuki Mahkamah Rayuan bilik bicara 3.

9:07 Datuk Seri Nizar bersama isteri memasuki Mahkamah Rayuan bilik bicara 3

9:15 Peguam Negara memasuki bilik bicara 3 Mahkamah Rayuan

9:22 Penyokong Nizar hadir mengikuti perbicaraan. Keadaan terkawal ketika ini

9:24 Peguam Zambry memasuki Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan

9:31 Zambry masih tidak kelihatan

9:32 Perbicaraan nizar lwn zambry sudah bermula

10:00 Peguam Zambry sedang kemukakan hujah mereka

10:15 Kelihatan Dr Hatta bersama penyokong Nizar menunggu di luar Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan

10:17 Kedatangan penyokong Nizar semakin bertambah. Mereka berkumpul di lobi

10:34 Peguam BN masih berhujah

10:39 Suasana di lobi dan luar kawasan Istana Kehakiman tenang. Pihak polis menjalankan tugas mereka bagi mengawal keselamatan di sini

10:59 Kelihatan peguam Nizar, Sulaiman Abdullah keluar dari Bilik Bicara 3

11:10 Peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham kemukakan hujah berdasarkan 24 alasan rayuan

11:11 Galeri awam Mahkamah Rayuan penuh sesak sehingga sesetengahnya duduk di lantai.

11:11 Kelihatan Adun-Adun Pakatan Rakyat sedang berbincang sesuatu di lobi Istana Kehakiman

11:17 Peguam Zambry, Cecil, berhujah alasan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa Sultan Perak tidak mempunyai kuasa meminta Nizar kosongkan jawatan Menteri Besar adalah satu taksiran salah

11:17 Aku nak pi minum sekejap.....just stay tune...jangan kemana-mana

11:30 Ketika ini ada dua kes dibicarakan di Mahkamah Rayuan. Difahamkan, ketika ini hakim hanya mendengar kes semakan Zambry mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi KL. Kes rayuan Nizar bagi mengenepikan rayuan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu masih belum didengar hakim Mahkamah Rayuan

11:45 Keputusan Mahkamah Rayuan belum dapat dipastikan sama ada hari ini atau ditangguhkan kerana peguam Zambry masih berhujah.

11:50 Mahkamah ketika ini berehat selama 15 minit

11:59 Nizar dan isteri menuju ke kafeteria Istana Kehakiman untuk menjamu selera ketika mahkamah ditangguhkan.

12:00 Selepas rehat, Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail akan kemukakan hujah

12:06 Terdapat ramai pemberita antarabangsa datang untuk membuat liputan disini DS Nizar keluar untuk makan semasa makamah berehat selama 15 minit

12:25 Mahkamah sambung semula dengar rayuan Zambry dan Peguam Negara mulakan hujah sebagai pencelah.

12:50 Di luar Istana Kehakiman pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi tempatan membawa kain rentang yang mahukan pembubaran DUN

12:54 Peguam Negara berhujah Nizar hilang majoriti sokongan Adun di Dewan Undangan Negeri Perak kerana Pakatan Rakyat cuma ada sokongan 27 Adun berbanding BN dengan 28 Adun kerana Speaker tidak boleh mengundi. Justeru, Nizar perlu letak jawatan Menteri Besar Perak apabila hilang majoriti kerana kumpulan minoriti tidak boleh tubuh kerajaan dan bercanggah dengan sistem demokrasi

12:55 Keadaan masih tenang di dalam dan luar Mahkamah. Penyokong masih berkeliaran di sekitar lobi Istana Kehakiman

12:58 Lim Kit Siang dilihat memasuki Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan

13:04 Peguam Negara tamat hujah dan mahkamah tangguh rehat hingga jam 2 petang

13:05 Mahkamah Rayuan menangguhkan perbicaraan dan akan disambung pada jam 2 petang nanti

13:30 Kelihatan Nizar, dan isteri sedang berjalan memasuki Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan walaupun perbicaraan dijangka bersambung jam 2 petang.

14:00 Zambry masih tidak kelihatan.

14:15 Mahkamah Rayuan menyambung perbicaraan, Peguam Nizar, Sulaiman, memulakan hujah.

14:20 Sulaiman berhujah bahawa mengikut Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk memecat Menteri Besar

14:36 Menurut satu sumber,Zamry kini berada di Teluk Intan

14:38 Sulaiman berhujah soal berapa bilangan kerusi DUN Perak yang dipegang BN tidak relevan dan apa yang penting adalah peruntukan yang dinyatakan Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Perak.

14:44 Peguam Negara yang menjadi pencela dan menjadi wakil UBN tidak kelihatan di kamar makamah

14:50 Penghujahan Peguam DS Nizar nampaknya lebih konsisten dan mempunyai fakta yang kukuh serta berlandaskan perlembagaan manakala hujah yang disampaikan oleh peguam Zamry hanya sekadar biasa(tidak relevan) dan merujuk kepada bilangan kerusi DUN Perak

14:58 Ketua Wanita PKR, Zuraida kelihatan memasuki Lobi Istana Kehakiman. Jumlah penyokong di luar kelihatan bertambah

15:05 Peguam DS Nizar masih lagi berhujah di kamar makamah

15:13 Penyokong DS Nizar di lihat semakin bertambah di perkarangan Makamah Rayuan,Putrajaya

15:39 Sulaiman masih membaca autoriti bagi kuatkan hujah untuk sangkal hujah Cecil dan Peguam Negara

15:52 Berikut adlah hujah-hujah Peguam Nizar,Sulaiman Abdullah
    1) Sulaiman berhujah..sekiranya hujah Cecil dan Gani Patail diterima, Perdana Menteri boleh disingkir oleh YDP Agong kerana tidak mendapat sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen BN. "Sulaiman:" Sekiranya Sultan mempunyai kuasa untuk menyingkir, sekiranya ada, ia semestinya terletak dibawah Artikel 18...tapi tak ada! Tidak juga terdapat dimana-mana!"

    2) Hanya satu sahaja cara untuk menyingkir Menteri Besar..iaitu dengan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri

    3) Tidak timbul persoalan Nizar perlu menghantar surat perletakan jawatan kerana undi tidak percaya tidak pernah dibuat

    4) Kami bukan menyanggah kuasa DYMM Sultan. Tapi adalah tidak masuk akal untuk mengatakan Nizar sudah hilang kepercayaan dan terus menyuruhnya meletakkan jawatan

15:56 Cuaca di luar Makamah mulai mendung.Saya harapkan agar hujan rahmat akan turun bagi PR

16:12 Penguam Sulaiman mengemukakan hujah-hujah berikut:-
    Sulaiman meminta para hakim supaya tidak terpengaruh dengan keputusan penghakiman yang lepas-lepas

    Sulaiman berhujah Nizar menghadap Sultan Perak untuk memohon pembubaran DUN mengikut peruntukan Perkara 36 (c) Undang-Undang Tubuh Perak, bukan mengikut Perkara 16 (6) seperti yang dihujahkan Cecil



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...