Isu Nizar VS Zambry - Penyokong PR tak setuju bubar DUN | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 22, 2009

Isu Nizar VS Zambry - Penyokong PR tak setuju bubar DUN

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Aku rasa ramai yang akan marah bila baca tajuk aku kali ni, kurang-kurang pun ramai yang heran dan mungkin jugak ramai yang terdetik dalam hati depa "sah dah Cenangau ni SB Umno". Mungkin jugak yang akan kata 'Cis!! tak habih² lagi." Nanti sat! Jangan cepat sangat buat andaian, baca dulu apa isi aku.

Isu aku kali ni cukup mudah. Memang tak sapa pun boleh nafikan hampir semua ahli dan penyokong PR di Perak ni mau Sultan setuju untuk bubarkan DUN Perak. Aku rasa kalau kuasa sultan tu ada kat depa, awai-awai lagi dah depa umumkan bubar DUN.

Masalahnya setuju depa tu hanya di mulut ja. Mungkin bermula dari hati tapi berenti bila sampai kat mulut ja. Anggota-anggota lain langsung macam tak setuju dengan keputusan tu. Pasainya anggota-anggota lain takdak langsung bertindak macam setuju DUN Perak dibubarkan.

Kalau setuju bubar DUN maksudnya setuju nak ada pilihanraya dalam masa 60 hari.Setuju nak pilihanraya mestilah bersetuju pulak untuk menang pilihanraya tu, atau sekurang-murangnya bersetuju bekerja untuk menang pilihanraya tu.

Masalahnya setakat mana kita dah mula kerja-kerja pilihanraya. Apa yang KITA dah buat. Tak payah susah² tunjuk orang lain, kira diri KITA sendiri dulu.Jangan dok sibuk kata orang tu, orang tu tak buat kerja padahai kita sendiri apa langsung pun tak buat. Kalau pukui 3.30 esok Hakim mahkamah Rayuan setuju tolak permohonan Zambry, mungkin esok jugak bubar DUN.

Macam kata UmmiAnnni
PR buat apa...?? tido lagi ka...masih dalam mood honeymoon ka..? apa persediaan PR sekarang ini..perkembangan ini kita kena ambik kira..takkan nak tunggu keputusan mahkamah baru nak mula..takkan nak tunggu DS Nizar masuk pejabat baru nak mula..takkan nak tunggu DS Nizar mengadap sultan baru nak mula..takkan nak tunggu DS Nizar umum DUN dibubarkan baru nak mula...??

Kalau dok tunggu ja, sampai bila pun kita tak mula buat kerja. Aku mintak-minta jangan la ada lagi ahli dan penyokong PR yang taktau apa kerja nak buat. Macam tu punya banyak kerja yang boleh dibuat boleh kata lagi taktau apa nak buat?

Paling takdak pun kita boleh buat kerja yang paling mudah dan semua orang boleh buat. Kerja sebagai JURU KEMPEN. Kerja ni jangan sapa cuba-cuba kata dia tak pandai. Kalau kata tak 'terrer' mungkin la tapi kalau tak pandai maksudnya dia tu 'munafik' pasai apa dimutut tak sama dengan apa yang dia buat.

Payah apanya, buat takat yang kita pandai pun dah cukup, dan dalam nmasa yang sama kena belajar la. Macam orang 'london' kata "practice make perfect', kena berlatih la selalu. Belambak dok ada mangsa keliling kita. Kalaula takdak sangat orang Umno keliling kita pasai duduk di kampung totok PAS, boleh jugak kempen kat orang PAS supaya jadi JURU KEMPEN.

Yang paling penting sekali untuk jadi JURU KEMPEN ni cuma 'mangsa' dan target. Kenalah kenai dulu sapa sasaran kita dan lepas tu apa terget kita. Contohnya jiran meja kat pejabat kita yang kita tau 'karat' Umno, mungkin kita boleh letak sasaran nak bagi dia berhenti jadi juru kempen Umno. Susun la strategi macamana nak buat, lagi cantik kalau boleh buat komplot dengan geng kita yang lain.

Lagi satu nak peringat, sebagai JURU KEMPEN ni jangan sekali-kali lupa kat tuhan. Sebelum mula bukak mulut tu jangan lupa doa dulu, mintak kat tuhan, moga-moga telinga depa dengaq apa yang kita nak kata, hati depa lembut menerima dan otak depa berfikir dengan minda yang terbuka.

Memang aku pernah tulis dah isu KERJA ni sebelum² ni tapi aku akan terus tulis. Harap² orang yang baru baca kali pertama akan mula buat langkah pertama dan bagi yang dah pernah baca sebelum ni, boleh jadi sebagai ulangkaji. Yang paling penting sekali aku tulis ni untuk ingatkan diri aku sendiri sekali lagi yang aku ada banyak sangat 'KERJA' yang aku kena buat dan banyak lagi yang aku belum mula pun.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...