Ada ka orang nak joint kelas senaman cakar harimau? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Disember 06, 2008

Ada ka orang nak joint kelas senaman cakar harimau?

Kemarin balik dari program blogger dengan Exco, kat Ipoh aku dengan Banjari singgah sembahyang Jumaat di Masjid kat Kemunting. (Kemunting ka Banjari?)

Aku cukup tertarik dengan isi khutbah khatib tu. Banjari kata khatib tu tak pakai teks, aku tak pasti pasai aku sembahyang betui² tepi tangga kat ruang luar, mimbar pun tak nampak. Yang aku dengar kalau orang kata dia pakai teks pun boleh percaya pasai susunan ayat cukup cantik, aku langsung tak tidur walaupun dalam kereta dok menguap 2, 3 kali dah.

Yang aku paling tertarik tu bila dia ulas bab fatwa Yoga haram. Dia tak laa hurai panjang pasai halal haram tu tapi antara lain dia peringat supaya jaga mulut, jangan main ikut sedap, kalau taktau lebih baik diam.

Yang menariknya dia heran pasai apa orang melayu tumpang bising, patutnya tak payah sibuk² dengan yoga pasai budaya melayu pun ada cara senaman tradisi sendiri, budaya orang pulak kita sibuk nak tolong pertahan tapi budaya sendiri kita lupa.

Patutnya kita amalkan senaman kucing, senaman harimau dan segala macam senaman tradisi melayu. (Aku terus teringat senaman cakar harimau yang dipopularkan oleh Ustazah Norhayati kat tv satu masa dulu, sampai dalam sembahyang pun teringat². Memang bahana betui laa jadi bloggers ni)

Patutnya keadaan hangat isu haram yoga ni ada yang ambik kesempatan buat kelas senaman cakar harimau ni, buat cara kormesial, biar nampak class sikit. Aku cukup yakin, mesti ramai yang berminat.

Nak bagi hangat lagi tambah pulak cerita boleh bagi kuat tenaga lelaki, saheh meneru orang mai. Ubat pronoton yang beracun tu pun berebut depa beli. Yang pemalu mai tanya main bisik², yang muka tak tau malu boleh siap tolong kempen free lagi.

Bagi aku patutnya benda² macam ni laa yang media bagi hangat. Aku bersetuju dengan pendapat Dr. Asri, bukan takat heboh cerita benda yang tak boleh buat tapi yang lebih penting kita bagi cadangan alternatif dengan kebaikan atau kelebihan yang tak kurang dari benda yang diharamkan tu.

Masa ni laa kita nak tumpang promosi kekayaan budaya melayu. Bukan setakat cara senaman warisan orang dulu², segala macam silat pun patut boleh tumpang promosi sama.

Aku secara peribadi pun kurang selesa dengan cara Majlis Fatwa buat kerja. Kaji isu satu hal, keluarkan fatwa satu hal, syarah pasai fatwa tu pulak patutnya satu hal lagi dan pada aku yang paling penting cara penyampaian keputusan fatwa tu.

Maslah yang paling besar pasai fatwa ni, apa yang sampai kat orang ramai lebih kepada yang positif dari negatif. Bagi orang yang memegang konsep 'kami dengar dan kami taat' memang takdak masalah. Masalahnya orang² yang jenis² 'ketegaq' macam aku. Aku tak kata takdak, mungkin ada tapi aku kata yang sampai kat aku.

Nampak macam depa nak otak orang Islam ni tertutup, terima jaa bulat². Patutnya bagi laa syarah dia, bagi laa hujjah dia, bagi laa nas dia, cerita macam mana hukum tu boleh terbit.

Kurang² pun mudah bagi orang Islam yang selalu berkawan dengan orang bukan Islan nak jawab bila kawan² depa tanya. Patutnya masa ni laa depa boleh masuk jarum, berdakwah. Takkan nak suruh depa jawab 'lakum diinukum waliyadin' ja kut? Bila Islam nak berkembang?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...