Perkembangan Debat PAS vs Umnoi vs NGO, rugi kalau tak mai | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Disember 06, 2008

Perkembangan Debat PAS vs Umnoi vs NGO, rugi kalau tak mai

Saja nak maklumkan yang setakat pagi ni, debat ni memang jadi. Jangan risau walaupun memang ada khabar angin yang kata ada kemungkinan Polis tak bagi. Pagi tadi dan sembang dengan sorang SB, dia maklumkan memang ada arahan untuk dia bertugas malam ni.

PTA bagi tau Dato' Tajuddin Rahman memang bersemangat, dia maklumkan akan bawak kurang² pun 3 buah bas, dekat² 200 orang dari Pasir Salak. Ramai jugak ketua bahagian seluruh Perak yang talipon dia kata nak hadir. " Dr. Mujahid kalau tak mai silap² boleh rentung pejabat dia"
Maklumat terbaru kehadiran bukan hanya untuk 500 orang macam yang aku war²kan sebelum ni. Depa dah ubah setting, kerusi yang disediakan lebih 2000. Yang tak dapat bangku boleh ikut suka nak duduk ka nak berdiri.

Dalam dewan diutamakan pada jemputan khas, yang lain guna kaedah sapa dulu dia dapat. Kat luar depa sediakan 2 skrin, kiri-kanan hala ke dewan, maksudnya dari luar tak nampak. Apa nak kira sangat takat RM2.00 tu, aku rasa 5,6 ribu pun boleh tampung. Jadi jangan risau boleh masuk punya.

Tiket boleh dapat kat pintu pagar Parit Buntar Inn, tak kira dapat masuk dalam dewan ka, bangku luar dewan ka, duduk tepi longkang ka atau takmau duduk ka semua kira sama rata, RM2.00. PTA kata bukan nak ambik untung tapi setakat nak pelepas kos.
Cuma nak peringat
  1. Kepada semua yang berhajat nak hadir, tolong jaga emosi, kirang² pun tolong jaga nama melayu, mintak tolong sangat kawai diri terutama yang berdarah panglima. Nak kena peringat, ramai polis berpakaian preman masa program tu, berapa orang depa tak bagitau tapi dengan jumlah yang mencukupi.
  2. Tempat untuk peniaga aku dimaklumkan TIDAK DISEDIAKAN. Paham² sendiri, tak puas hari boleh pi repot kat balai.

  3. Tidak dibenarkan sebarang rakaman dibuat kecuali oleh Pejabat Agama untuk skrin luar. SB punya video aku tak pasti pasai kalau ceramah PAS depa memang tak pernah cuai pasang videocam.
Last sekali nak kena peringat jugak, program ni bukan anjuran PAS, kerjasama pun bukan. Anjuran Pejabat Agama Parit Buntar dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Jabatan Agama Islam Perak. Apa² tak puas hati pi belasah Pejabat Agama.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...