Aku dah lama cadang nak tulis sambungan pasai daun kari ni tapi takdan, Bukan sibuk mana pun, saja buat² sibuk. Memandangkan ada khabar angin baru, rasanya lebih releven aku tulis la.
Rupa-rupanya bukan aku sorang yang suka daun kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii. Belambak² kat India yang suka, orang india kat sini pun suka. Kalau tak percaya try google perkataan daun kari. Yang aku heran aku pernah google perkataan tu sebelum ni pasai nak cari gambar daun kari tapi tak pernah pulak sampai sini, sini atau sini
Hasil kajian mendapati Daun kari mengandungi 66.3% kelembapan, 6.1% protein, 1.0% lemak, 16.0% karbohidrat, 6.4% fiber, mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus,zat besi,asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.
Rupa-rupanya daun kari tak kurang hebat kalau banding dengan herba lain. Kalau makan mentah 10 helai selama 3 bulan sakit kencing manis boleh sembuh atau orang jermen kata ampeh. Jus daun kari kalau campur dengan jus limau nipis boleh hilangkan loya. Kalau campur dengan madu boleh ubat cirit-birit dan buasir. Selain tu boleh jugak jadi penghalau lalat.
Jadi tak heran kalau memang ada yang suka dengan daun kari walaupun aku yakin lagi ramai yang tak suka. MB Perak macam termasuk antara yang suka daun kari aku rasa pasai dia pandai cakap tamil. Betui ka dak mana aku tau, tak dak kerja aku nak siasat. Tak pun kalau dia tak suka kena bagi suka pasai kut² geng daun kari ni lagi boleh tolong dia.
Ada yang ingat aku saja buat lawak kut bila aku tulis aku suka makan daun kari. Baru ni masa Konvensyen Teh tarik (takdak teh pun??) kat Kluang cafe, ada yang perasan aku kutip daun kari. Nama lauk aku taktau tapi yang goreng sekali dengan ayam tu. Memang sungguh aku suka.
Jadi kesimpulannya, kepada pihak² yang berkenaan, sila kenalpasti orang jenis daun kari disekeliling anda. Jangan tak ambik peduli pasai boleh jadi para daun kari tu lebih anda perlukan dari serbuk kari
sendiri.
Kut-kut ada yang rajin terjemah tulisan rumi