Parit Buntar bakal cipta sejarah lagi. Takpasti pulak sejarah peringkat Malaysia ka dak tapi kurang-kurang pun sejarah untuk Parit Buntar sendiri. 6 Dis ni Debat Perdana antara PAS dan Umnoi, Pejabat Agama nak buat.
Debat antara YB Mujahid Yusuf Rawa vs YB Tajudin Abdul Rahman turut berdebat Naib Presiden Teras, En. Hafiz bin Haji Mustafa Lubis
Kalau sapa tak pi tengok debat tu saheh rugi punya. Bukan apa, aku rasa kebarangkalian tercetus kontroversi memang ada pasai memandangkan kedua² ahli panel dari PAS dan Umnoi bukan calang-calang orang. Sekurang²nya dalam kategori 'tak sayang mulut'.
YB Tajudin Abdul Rahman ramai dah kenai keceluparan dia. Yang terbaru masa dalam dewan, dengan Dr. Mujahid jugak laa. Kalau nak bukti boleh tengok sini. Selamba ja dia boleh kata:
- "Minta laluan. Sekarang boleh? Dah masuk dah." ... "Oh, tak masuk lagi?" ... "Dia tak masuk lagi? Dah lama tak masuk-masuk. Main tepi saja". ... "Bila nak keluar lagi air dia?"
Aku rasa dia ni ada gen si Pitung kut yang bunuh J.W.W. Birch. Aku tak heran kalau dia mengaku keturunan Dato' Maharaja Lela, tak kira laa betui ka dak, janji pantang dicabar.
Mungkin bagi yang kurang kenai Dr. Mujahid tak percaya kalau aku kata dia ni pun tak kurang jugak. Taktau laa betui ka dak tapi aku pernah dengar dia nyaris² nak belasah sorang pimpinan oooppsss.. Cumanya sebagai YB dan pimpinan PAS dia memang sentiasa kontrol. Kalau ikut 'bahasa' dia dengan jentera masa pilihanraya dulu memang boleh tahan jugak.
Kalau ikut penganjur katanya tempat mungkin ubah dari dewan cina Dennistown ke Dewan JKKK Tg Piandang. Dewan cina kat Dennistown tu memang tak sesuai. Jalan masuk kecik sangat, nak parking pun payah, tempat sempit. Tapi kalau nak pi sana naik sampan sesuai laa pasai betui² tepi sungai Kerian.
Kalau Dewan JKKK kat Tg Piandang tu memang tepi jalan besar. Bahu jalan pun luas, kalau sanggup double parking pun boleh. Tapak pasar malam pun dekat, luas tu, aku rasa seribu kereta pun takdak masalah. Kat belakang dewan tu pun luas jugak, kalau parking motor beratus boleh celuih.
Cumanya masalah akan timbui yang aku paling risau, PA System. Benda buat dalam dewan. Lain laa buat kat dewan macam Dewan Merdeka, memang depa dah buat rawatan akoustik. Dewan JKKK ni nama ada. Program Ecxo Kelantan, YB Nik Amar baru ni sound bagi aku memang fail, macam dalam gua. Masalahnya depa kata Dewan Merdeka ada dah yang tempah lebih awai.
Aku harap penganjur lebih perihatin bab sound system ni. Kalau perlu berbelanja lebih pun tak pa, janji orang puas hati. Lagipun bukan selalu dapat buat program macam ni. Silap² ni program pertama dan terakhir. Benda macam ni berkait dengan nama. Memang laa dianjurkan oleh pejabat Agama tapi kalau tak elok mesti depa belasah Pejabat YB punya, silap² PAS pun kena belasah sama.
Lagi satu nak maklumkan ada arahan tak rasmi yang aku dengar, tiada rakaman dibenarkan dan tentunya takdak siaran live online. Tambah pulak aku tak rasa rumah dekat² situ ada streamyx. Taktau pulak kalau penganjur nak buat live guna broadband, tapi rasanya hampir pasti takdak live.
Tarikh : 6 Disember 2008
Hari : Sabtu mlm Ahad
Tempat : Dewan JKKK Tanjung Piandang
Parit Buntar Perak
(tertakluk kepada perubahan.)
p/s. Peta aku akan buat esok², insyaallah.