Pertemuan MB dengan Persatuan Blogger Perak semalam? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, November 27, 2008

Pertemuan MB dengan Persatuan Blogger Perak semalam?

Entri ni lanjutan dari entri aku semalam. Kalau ikut lapuran  metro yang dipetik dari bernama bunyi macam kat bawah.

IPOH: Dengan alasan tidak mendapat liputan adil media arus perdana, kerajaan Perak menubuhkan Sekretariat Blogger bagi menyebarkan maklumat dan dasar kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata hasil pertemuan beliau dengan Persatuan Blogger Perak semalam, kesemua 26 penulis blog yang hadir berjanji menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan negeri menyebarkan maklumat menerusi tulisan mereka.

“Segala maklumat dan berita akan disebarkan secara meluas sehingga ke seluruh dunia menerusi penulis-penulis blog ini,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat negeri Perak di sini malam tadi.

Mohammad Nizar berkata sekretariat itu, yang diketuai oleh setiausaha akhbar beliau, Anuar Hashim, dapat menepis tomahan, kritikan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan negeri menerusi media arus perdana. - Bernama

Kalau ikut laporan pemaya Al Husseyn, Ajijoi dan Cina Islam takdak sapa pun sebut pasai persatuan. Kalau ikut laporan depa² ni, perjumpaan tu baru tahap nak tubuh sekretariat, lepas tu nak buat satu web khas perakini.com yang domain pun depa tak register lagi (??)

Ada jugak yang berkhusnusdzan kata untuk pemaya PAS saja. Yang aku mushkil awat melibatkan MB, dan Setiausaha Politik MB? Patutnya kalau dengan PAS kena tulis jugak melibatkan Timbalan Pesuruhjaya dan Ketua Penerangan PAS Perak, (aku tak pasti pulak apa jawatan Anuar Hashin dalam PAS.)

Kalau betui untuk Penerangan PAS, aku rasa perlu jemput semua webmaster laman PAS seluruh Perak yang aku pasti tak dijemput pasai WebMaster laman PAS Parit Buntar taktau pun. Takkan Laman Rasmi PAS depa rasa tak perlu disalurkan maklumat dan dasar kerajaan negeri.

Apa pun aku masih lagi dalam frasa bersangka baik. Dan dalam masa yang sama aku cukup setuju dengan komen Dr. Wahab dalam entry aku yang lepas tu.

Kalau team baru, depa nak kawan atau nak bermusuh dengan KAMAR, atau depa nak berasingan, pun tak pa. Pasai, masyarakat dan kerajaan akan bukak mata, rupa2nya komuniti baru ni mula ramai dan lebih progresif dan agresif. Pasai lagi, KAMAR dah berjaya bakar semangat para blogger supaya buat sesuatu yang baik, sama ada bersama kita atau berasingan. Pasai lagi, kita boleh bantu kerajaan PR masa PRU13 nanti.


Gambar dicilok dari blog bumi perak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...