Cerita parking punya pasai 3 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Oktober 31, 2008

Cerita parking punya pasai 3

Satu hari tu aku aku dapat bersembang dengan Ahli Majlis, Majlis Daerah Kerian. Panjang jugak laa sembang, macam-macam aku tanya dan macam-macam dia jawab. Jawapan dia pun kira ok laa, benda baru 2 kali mesyuarat apa sangat depa boleh buat, tapi pada aku takat apa yang dia cerita pun dah kira ok laa.

Isu utama hari tu tentunya isu parking. Isu perking ni memang masalah. Macam dah aku cerita dulu tu. Yang menariknya, kat Parit Buntar ni depa kata ada tol, ada satu jalan pendek ja tapi kena tol. Memang ada pun, kat depan market, belah masuk ada besi pengadang kat belah keluar ada pondok tol. Bukan tol laa tapi bayaran parking.

Masa nak pilihanraya baru ni tiba-tiba jaa tol tu dah tak kena bayar. Kempen Umnoi kononnya kerajaan bermurah hati, takmau bebankan rakyat, perihatin rakyat dan yang sewaktu dengannya, pasai tu laa depa buang tol tu. Depa ingat dengan buang tol tu depa boleh menang rupanya tak cukup, orang Parit Buntar bukan takat nak buang parking tapi nak buang dengan Umnoi sekali.

Yang lebih menariknya encik hearsay kata yang bagi arahan supaya buang tu tak lain tak bukan adalah Ketua Bahagian Umnoi, Dato' Raman. Dias ingat benda tu harta bapak dia punya ka, suka-suka suruh pasang, suka-suka pulak boleh suruh buang.

Kaedahnya memang kalau boleh ahli majlis nak buang parking atau kalau perlu kena pun dengan bayaran paling minimum, masalahnya parking kat Pt Buntar ni dah diusahakan oleh swasta, dan tentunya ada kontrak yang tak boleh senang-senang nak batai.

Majlis ada perjanjian dengan Pertubuhan Peladang Bagan Tiang. dari satu segi tu kira ok laa pasai PPK ni milik orang ramai, milik orang bendang, kalau untung pun dapat kat orang kampung.

Tapi masalahnya tak jadi macam tu. PPK ni pulak sub kan kepada Budi. Budi ni memang terkenal, tambah-tambah Ketua Bahagiah Umnoi, Dato' Raman memang kenai sangat dengan dia ni. Encik hearsy kata tokey Hotel Damai pun rapat jugak dengan Dato' Raman ni tapi tu isu lain.

Tindakan terkini majlis takat ni dia bagitau, majlis dah panggil PPK untuk berbincang. Masalahnya wakil PPK yang hadir termasuk Budi, dia kata, denga alasan Budi pun ahli PPK jugak. Majlis tak setuju Budi ada sama jadi depa suruh wakil PPK balik dulu, bincang semula.

Nampaknya takat ni perkembangan kira positif laa tapi yang negatifnya proses nak menyelesaikannya slow sangat, tak tau laa bila baru boleh selesai isu parking ni.

Parking punya pasai
Parking punya pasai 2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...