Parking punya pasai | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Oktober 15, 2008

Parking punya pasai

Isu parking memang sejak lama dah sangat popular kat kg aku kat Parit Buntar. Isu parking lah yang antara isu yang menyebabkan Umnoi kalah pilihanraya 1999  selain isu banjir. Masa tu PAS ni pulun jaja isu ni. Mana taknya kadar masa tu sejam kena 6 kupang. Depa kata kalah pekan-pekan besar. Kalau tak silap kat Taiping pun kena takat 4 kupang jaa sejam. Melawati kat Selangor yang dekat dengan KL pun kena takat 6 kupang jaa. Macam mana kat pekan kecik terpencil macam Pt Buntar ni boleh kena sampai 6 kupang.

Bila Dato' Hasan Ali menang pilihanraya 1999 isu ni jadi macam reba untuk PAS. Memang calon kita ada janji kalau menang nak hapus parking tapi ramai pengundi bukannya faham pun, depa ingat kalau menang parlimen dah boleh buat, depa mana peduli kuasa ahli parlimen ka kuasa menteri besar yang depa tau parking kena hapus. Umnoi pulak dok cucuk sama "Puak PAS ni janji memang pandai, berjanji bulan bintang pun depa boleh, bila dah menang macam-macam alasan." Memang penat kita nak menjawab.

Bila dekat nak pilihanraya 2004 MDK perturun parking jadi 4 kupang sejam, tu yang boleh menang kat depa tu, selain dari beberapa isu lain laa. Memang aku pun takmau nafikan memang ada jugak beberapa kelemahan lain yang PAS dan YB gagal buat selain beberapa tuduhan yang PAS gagal bagi jawapan yang meyakinkan, selain kesan Mr. Clean PM.

Pilihanraya 2008 sekali lagi PAS mainkan isu parking. Memang kali ni kita bagi clear, kalau BA memerintah Perak, kita akan hapuskan parking. Bukan takat janji mulut malah siap tulis dalam bahan kempen kita. Kita pun tak pernah terfikir nak boleh perintah negeri, angan-angan tu mungkin laa ada tapi boleh kira cukup yakin laa tak akan boleh perintah negeri.

Masalahnya dah lebih 6 bulan Pakatan perintah, isu parking masih belum selesai. Masih takdak jawapan yang munasabah. Malah timbul macam-macam cerita yang aku pun sakit hati nak tulis. Sampai dah ada yang kata dah "Takdak beza Umnoi dengan PAS, sama jaa. Sembang jaa lebih, belum ada kuasa riuh belasah orang lain tak betui, bila orang dah bagi kuasa, apa pun tarak" Rasa panas telinga, nak jawap aku sendiri pun takdak jawapan. Kalau tahan, tadah telinga ja laa, kalau tak tahan, pelan-pelan laa angkat kaki.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...