Suara Bloggers - ruang kebebasan untuk berbeza pendapat - update | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, November 01, 2008

Suara Bloggers - ruang kebebasan untuk berbeza pendapat - update

Kepada semua bloggers Perak, anak-anak Perak yang ada diluar Perak dan mereka yang berminat untuk membantu Perak.

Dengan ini diumumkan yang En. Mat Saman Kati  dah bincang dengan matcomot, Ibn Hamzah, Manjungmari, Ofisboy Tkt 4, Mamamat, Pengasas dan tah sapa-sapa lagi yang aku pun tak berapa nak  peduli, untuk mengadakan satu Konvensyen Bloggers Perak.

Oleh tuan-tuan dan puan-puan dijemput untuk hadir beramai-ramai ke konvensyen tersebut. Maklumat  berkenaannya seperti tertera di dalam poster di bawah.


Poster tu memang kosong pasai nak kena tunggu Mat Saman Kati lancarkan dulu, dia buat ka dak lagi pun taktau. (Betui laa kata pak bakar hidung tak mancung pipi tersorong-sorong) Maklumat lanjut ada di http://go-perak.rentaprevolusi.com. Cenangau tak pasti lagi nak daftar ka dak. (pause)

Aku memang setuju sangat laa benda-benda macam ni, patutnya lama dah buatnya, patutnya bila MB jumpa blogger kal KL dulu, konvensyen macam ni laa yang patut jadi susulan, kalau boleh buat rutin berkala lagi cantek. Kalau tak dapat bulanan pun kurang-kurangnya 2,3 bulan sekali.

Kalau MB tak boleh mai pun takpa, yang penting mesej para blogger sampai ke Pej MB. Bagi aku kalau tak sampai pun takpa yang lebih penting biar para blogger 'berperang' kat dalam tu, kerana yang paling penting adalah kebebasan bersuara, kebebasan memberikan pendapat, dan tak lupa juga kebebasan untuk berbeza pendapat.

Kalau, aku ulang sekali lagi, kalaulah  akhirnya suara blogger tak sampai jugak ke Pejabat MB, lagi laa mudah kerja para blogger, takkan tu pun nak kena ajar, sendiri fikir laaa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...