Ketua kampung punya cerita siri4 - nak mesyuarat pun masalah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 30, 2008

Ketua kampung punya cerita siri4 - nak mesyuarat pun masalah?

Bila dah ada Ketua kampung merangkap JKKK kena laa mesyuarat. Kalau ikut aku sa kata sah ketua kampung, boleh terus la buat menyuart JKKK. Nak tunggu apa lagi. Pada aku dah lama sangat tunggu. Menang pilihanraya hari tu bulan 3, patutnya bulan 4 lagi dah lagi mesyuarat JKKK. 

Nak buat pemilihan ketua kampung punya pasai, ding dong ding dong, bulan 8 baru dapat mesyuarat JKKK kali pertama. Tu pun aku yang main belasah suruh jugak Tok Ketua buat mesyuarat, peduli apa watikah takdak lagi.

Memang patutnya tak timbui masalah watikah pasai dah ada majlis penyerahan watikah di Ipoh, lama dah. Yang jadi masalahnya pasai watikah tu MB bagi kat penghulu bagi pihak ketua kampung mukim dia. Taktau laa sangkut kat mana, kat pejabat Penghulu ka pejabat Daerah tapi sampai tengah bulan puasa baru dapat watikah, bagi berperingkat ikut mukim. 

Ada tok ketua yang tunggu dapat watikah dulu baru nak mesyuarat. Ada pulak yang macam kena cuti masa bulan puasa, tah aku pu tak faham apa masalah nak mesyuarat bulan puasa. Ada pulak yang penghulu buat-buat taktau. Jadinya ada JKKK yang bulan ni baru nak mula mesyuarat kali pertama.

Masa nak mesyuarat kali pertama dulu Tok Ketua tanya aku macam mana nak mesyuarat. Aku pun terfikir, memang laa kami biasa mesyuarat cawangan, mesyuarat surau pun selalu tapi mesyuarat JKKK ni patutnya lain laa sikit pasai ni kira kerajaan punya mesyuarat, mesti laa ada standard yang kena ikut. Tok ketua bagi tau, contoh minit mesyuarat pun pejabat penghulu tak bagi.

Tak puas hati aku, esoknya aku balik kampung terus singgah pejabat penghulu. Memang sungguh dia takmau bagi minit mesyuarat JKKK yang lama, tak apa rahsia yang depa nak simpan aku taktau. 

Kalau dapat contoh mimit yang lama senang sikit setiausaha nak buat kerja. Mudah sikit pengerusi nak kendalikan mesyuarat, kurang kurang pun ada laa guide line nak jalankan mesyuarat. Ada laa kerani pejabat penghulu cerita apa agenda yang patut. Kira macam tak bagitau pun maki boleh fikir sendiri. Dah lagu tu, main belasah jaa laa

Lagi satu masalah tempat nak buat mesyuarat. Kat kampung aku memang ada satu dewan. Sebelum ni memang JKKK lama dok mesyuarat kat situ laa. Yang peliknya sebelum ni dewan tu depa bagi nama Dewan Orang Ramai, aku pun tak perasan bila, tapi dah tukar nama jadi Dewan JKKKP/KEMAS/GDW.

Memang cekap puak Umnoi ni buat kerja. Masalahnya Tok Ketua aku bagitau kita tak boleh buat apa pasai dewan tu atas tanah persendirian, dia kata depa bagitau Penghulu masa perjumpaan dengan MB dulu.

Tak puas hati betui aku, ada ka jawapan depa 'kita tak boleh buat apa pasai atas tanah persendirian, ikut suka tuan tanah nak buat apa'. Tok Ketua bagitau sampai ada kampung yang tuan tanah buat dewan jadi rumah sewa. Nampak sangat laa betapa teruknya Umnoi memerintah selama ni. Ada ka boleh jadi macam tu, harta kerajaan macam harta mak pak depa, boleh pulak ikut suka tuan tanah.

Takkan takdak langsung perjanjian dengan tuan tanah masa nak buat dewan tu, takkan main belasah jaa buat kat tanah mana yang depa suka. Bukan takdak tanah kosong kat kampung aku ni, tanah rezab JPS banyak aku rasa, takkan tak boleh buat kat situ.

Aku rasa bukan masalah takdak tanah nak buat dewan tapi masalah nak buat kat tanah sapa, kalau aku pun mau, tambak depa tolong bubuh, dapat bangunan free lagi. Bagi JKKK guna tiga empat tahun, lepas tu jadi hak milik aku. Lima duit pun tak payah bawak keluar.

Kalau ikut panas hati, mau jaa aku bakar dewan tu. Nasib baik laa Tok Ketua aku ni jenih baik punya, kalau sama baran macam aku mau hangus rentung dewan tu, sapa pun tak boleh guna, puas hati.

Nasib baik laa surau kat kampung aku tu ok, jadinya mesyuarat JKKK takdak pilihan tempat lain, kena laa buat kat bawah surau, susun meja lipat 5 bijik lapik sikit dengan plastik, jadi laa, sementara nak dapat Dewan Baru, tah bila tahun baru boleh dapat taktau laaa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...