Ceramah Pakatan Rakyat tak main laa | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 26, 2008

Ceramah Pakatan Rakyat tak main laa

Masa member 'mentor' yang kawan aku jugak talipon, aku tanya balik, "Kalau pi ceramah Umnoi aku mau la ikut." "Memang laa, misi kita malam ni nak cari ceramah Ezam" balas member tu.

Bila dah sampai kat mana tah, sekali ada satu geng rempit mana tah dalam 10 bijik moto menchilok tengah jalan yang agak sibuk sambil bunyi hon. Nampak bawa bendera DAP sambil tabur kertas. Rupanya kat depan ada satu ceramah tak ramai orang.

Ceramah 1

Taktau sapa penceramah, lelaki umur 60an bersongkok hitam. Bangku ada kut dalam 200, yang duduk ada kut dalam 10%, dari 10% tu yang tak pakai jeket hitam ada kut dalam 30%, yang kat jalan ada dalam 10 orang termasuk kami 4 orang.

Isi ceramah, tah, tak berapa clear dia cakap, tak guna PA. Nak masuk duduk bawah khemah rasa seriau pulak. Dalam 5 minit ceramah habih.

Risalah tadi tu rupanya 'Kabinet 16 September'. Apa punya bangang punya saraf. Tak real langsung, dah la tabur 'surat', merempit pulak, picit hon lagi, boleh pulak bawak bendera DAP. Sapa laa depa punya cikgu yang ajar 'perang saraf' macam tu. Pulak tu pi bubuh Irene Fernandes jadi Menteri jaga agama, dia bukan YB padahai Wan Azizah jadi menteri jugak tapi pandai pulak bubuh senator.

Ceramah 2

Meja dalam 30, kerusi dalam 200. Yang berisi dalam 70 orang termasuk kami 4 orang. Depan kami ada rambutan setalam, takkan nak tengok saja. Penceramah pertama lelaki 60an, berambut putih berbaju kemeja. Dahalan apa tah nama dia. Isi ceramah dia"

"Tuan-tuan jangan tak tau, yang keluar dalam tv tu baru 10% lagi 90% yang Anwar buat tak masuk. Sebenarnya bukan 1 lawan 1 tapi 5 lawan 1. teruk saiful kena, tak boleh berak budak tu. Yang 4 orang tu dah duduk dalam, Anwar tak boleh laa pasai dia orang politik."

"Kalau kita buat Hudud, Bush akan cop kita negara pengganas, ekonomi kita akan jatuh, semua orang takdak kerja, kita ramai-ramai pi rumah Hj Hadi bawak pinggan mintak nasi kat dia, dah semua orang takdak kerja!!"

Penceramah kedua lelaki 50an, rambut kerinting besar botak sikit kat depan. Tak berapa jelas dia cakap. Isi ceramah dia:

"10 tahun saya kena tipu dengan Anwar, saya baru tahu, selama ni saya tertipu. Saya bawa Izzah jumpa PakLah merayu bagi pihak Anwar, rupa-rupanya.... (tak clear)"

"Anwar ni memang hebat, sekali dia urut belakang kita, sejut sampai ke hati, habih lupa apa nak tanya, tapi tuan-tuan jangan terpengaruh, dia memang hebat .... (tak clear)"

Sessi soal jawab.

Sorang pemuda 30an berbadan sasa berjeket Pemuda P. Pinang "Pasai 16 September yang diura-urakan, apa persediaan kita di pihak BN?"

Penceramah pertama "Mengarut semua tu, 16 haribulan mana ada parlimen, time posa mana ada parlimen."

Nampak pemuda 30an berbadan sasa berjeket Pemuda P. Pinang macam tak puas hati dengan jawapan.

Sekali handphone aku bergetar, celah keluar jawab handphone, payah satgi terkeluar 'ana anta' pulak.

Ceramah 3

Akhirnya jumpa jugak Ezam. Paking jauh jugak, bukan pasai kereta banyak tapi pasai takdak bahu jalan. Selamba jalan lintas depan markaz PKR, ramai pemuda berimpun, dengar macam nak boo Ezam kalau dia lalu. Isi ceramah:

"Anwar arahkan bagi projek 10 juta pada 10 kontrakor, tanpa tender. Lagi 30 tak dapat apa. Dulu kata lain la ni buat lain"

"Saya tak tau langsung Saiful kena, memang taktau langsung."

"Mungking sebab 'kopi' dia power kut. Tu yang usung sampai keluar negara kot"

"Saya mana ada pengalaman, dia mana berani nak sentuh saya, saya garang sama macam dia"

"...tapi jangan la persoal sumpah dia, kalau takmau percaya pun, jangan persoal sumpah dia, tu hak dia, dia mana boleh round ceramah nak bela diri sebab dia bukan ahli politik."

"Anwar memang hebat, Makcik2 jangan tersilap undi dia sebab kesian, nanti tengok poster Anwar lambai terus lupa nak undi sapa."

Sekali aku dengar kat belakang, "... ana ingat nak buat pengajian Islam kat UIA." "Ana dengar kat UIA kena buar dalam BI." "Its ok, ana boleh buat dalam BI." "Prof! Jom kita."

Aku tengok kat tepi tu ada bersusun bungkus polisterin, tak nakpak pulak ada laksa dengan satey. Tak payah laa, baik cari gerai mana-mana boleh jugak 'pasang telinga'.

Terdetik jugak kat hati nak pi depan pentas ambik gambar Ezam tengah ceramah, tapi, ish!! aku bukan mai melancong, saja nak makan angin sambil dengar ceramah Umno.

Lepas tu pusing2 nak cari tempat makan, sekali jalan jem. Rupanya kat depan tu ceraman 'orang tu' baru habih. Kena jugak.

Kesimpulannya, kalau takat tu jaa rupa ceramah Umnoi, hampir pasti tak boleh bagi kesan. Kalau Umnoi nak menang jugak depa kena buat sesuatu yang 'lain', dan aku tak heran, kalau tahun 69 depa boleh buat, takkan kali ni depa nak biar kot.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...