Aku kata Ariff akan menang. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 26, 2008

Aku kata Ariff akan menang.

Ramai yang semacam terkedu bila keluar dari mulut aku yang BN akan MENANG di Permatang Pauh. Sungguh-sungguh depa berhujah BN pasti tersungkur tapi bila aku kata aku rasa akan BN akan memang, depa macam terkelu, tak percaya.

Mungkin depa tak percaya aku boleh bagi statement semacam tu, aku yang pada depa 'pure' PAS, yang nampak all out dengan PAS. Tu depa tak tau yang aku berkampung 4 hari 5 malam kat dalam stadium stadium Indera Mulia, kalau depa tau mungkin lagi lama kut 'pause' depa.

Memang kalau tanya lebih detail aku pun akan kata kalau ikut kertas undi aku yakin BN akan kalah. Mungkin tak besar tapi aku yakin KALAH.

Cuma persoalannya adakah kekalahan tu akan kekal dan membawa yang menang ke Putrajaya??

Aku cukup yakin kekalahan tu takkan kekal. Walau apa cara sekali pun, Umnoi akan usahakan agar 16 Septembar hanyalah mimpi pencandu kuasa. Berbagai cara telah, sedang dan akan dilakukan Umnoi. Kerja kotor memang mainan Umnoi selama ni, hampir takdak tangan pimpinan Umnoi dari yang paling atas sampai yang paling bawah tak kotor dengan kerja kotor.

Dalam keadaan hidup yang semakin menghimpit, hatta untuk melengkapkan makan 3 kali sehari pun ramai yang gagal, pasti tak susah untuk mencari tukang pembuat onar.

Dalam keadaan ekonomi yang semakin suram, projek semakin kurang dan modal semakin nipis, pasti ramai pelabur yang sanggup biaya aksi kejam lagi sensasi jika pulangannya nanti projek berjuta-juta.

Hukum alam amat melibatkan aksi dan tindak balas. Keadaan panas kesan projek 3P amat sesuai untuk memicu apa jua aksi ganas dan segala macam kemungkinan tindakbalas ganas juga. Provokasi pasti jadi agenda utama, korban pertama mudah diupah lalu tindak balasnya akan banyak bakal korban seterusnya yang sanggup hatta menghulur leher.

Apakah episod luka Mei 69 akan berulang? Kemungkinannya tetap ada cumanya skrip mungkin berubah tetapi keputusan akhir mungkin tetap sama, BN akan tetap menguasai Putrajaya.

Ataupun mungkin sejarah tidak berulang sepenuhnya. Sejarah awal revolusi melayu 1699 di zaman Sultan Mahmud Mangkat Dijulang berakhir dengan kegagalan. Revolusi kedua Refoemasi 1988 juga gagal. Apa tak mungkin jika jadi revolusi ketiga 2008 akan menzahirkan kejayaan?

Minda aku dah lana bersedia untuk segala macam kemungkinan dan masa yang sama aku cukup bersedia malah mungkin majoriti rakyat Malaysia juga tiada masalah jika tiada apa-apa yang berubah selepas selesai episod Permatang Pauh.

Yang ada di Permatang Pauh, markas sementara Pakeda yang tidak dipasang bendera mana-mana parti, sentiasa penuh. Kelihatan sentiasa bersiap sedia mungkin menunggu arahan.

Trak FRU dimana-mana. Sekatan jalan di mana-mana. SB partinya ada disetiap ceramah dan markaz.

Segalanya berkemungkinan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...