Akhirnya sampai jugak aku ke Matang Pauh. Depa kata Parit Buntar kena jaga UPU Penanti, Sg Semambu dan Tanah Liat. Gila ka apa sampai 3 UPU, macam orang Parit Buntar teror sangat, tapi aku rasa depa silap maklumat tu, aku rasa Perak yang kena jaga 3 UPU tu.
Aku pi UPU mana? Hish!! Aku bukan nak pi buat kerja, aku nak pi makan angin, sambil-sambil tu nak pi dengar ceramah. Depa kata 'orang tu' ada ceramah kat mana tah. TG Nik Aziz pun ada ceramah jugak tah kat mana tah.

Pulak tu aku bukan minat sangat dengar ceramah ni, jenis 'penganjur ceramah' tak main laa dengar ceramah. Kalau nak 'dengar' lagi baik aku cari kat youtube, konfirm boleh dengar clear, kalau tak faham ka tak jelas ka boleh ulang dengar, sapa pun tak kacau, puas hati.
Lagi pun kalau nak makan laksa dan satey kena cari ceramah yang tak ramai orang, paling kurang pun nasi bungkus saheh ada punya.