
Tak habih-habih Khairi Jamaluddin ni kena belasah. Tak kira geng mana, semua macam nak berjamaah belasah KJ. Yang la ni pembangkang memang laa kerja depa belasah dan KJ ni memang easy target (dengan izin). Yang belah BN pun ada jugak ambik peluang belasah walaupun mungin bahasanya agak lembut, agak berhemah konon. Cumanya pada aku pada-pada cukup lah. Kalau nak belasah salah laku dia, ok go ahead (dengan izin) malah aku sangat mengalu-alukan.
Depa belasah KJ ni macam dia tau tau apa. Macam dia takdak pelajaran. Depa macam lupa yang dia ni lulus Oxford. Dia ni memang lulus betul, bukan macam ada sorang Doktor selebriti yang ada Phd yang heboh sat hari tu. Dia ni memang lulus master ori punya. Mungkin depa ni tak tau kut macam mana yang dikatakan oxford ni. Oxford bukan macam universiti tempatan, bukan nak merendah lulusan universiti tempatan tapi memang tahap universiti tempatan rendah. Tambah pulak ada beberapa kerat Profesor kangkung dok kongker, jadi proksi umnoi kat situ, tadbir pusat pengajian tinggi macam umnoi perintah negara, salah guna kuasa dan rasuah melata-lata.
Kalau teringin jugak nak belasah KJ jangan la belasah dia semata-semata dia menantu PakLah. Bukan salah dia jadi menantu Paklah. Hak dia laa nak mengorat sapa pun. Bukannya masa tu Nouri tu bini orang ka, tunang orang ka. Kalau takat bekas awek orang tak jadi hal. Macam kata sorang member aku masa belajar kat KL dulu, takat awek orang apa hal, yang dah kawin pun boleh cerai. Malah bagi aku itu menggambarkan kehebatan KJ menandingi orang lain. Mesti ada kehaibatan Nouri nampak ada pada KJ yang mungkin takdak pada orang lain. Rasanya dia takdak masalah kalau nak rejek takat KJ, sapa KJ masa tu. Tak kira laa kalaupun betui macam ada orang yang takdak isu yang kata dia guna bomoh pikat Nouri, walaupun aku tak percaya dia guna bomoh tapi bagi aku kalau betul dia guna bomoh pun, itu juga satu kehaibatan pasai dia berstrategi membomohkan anak PakLah, Timbalan PM masa tu .
Kalau nak marah pasai KJ jadi menantu Paklah ni jangan marah kat KJ, tak kena. Marah kat Paklah pun tak kena. Patutnya kena marah kat Nurul Izzah, Nurul Izzah binti Anwar bin Ibrahim. Kalau si Nurul Izzah ni terima KJ dulu tak laa KJ ni jadi menantu PakLah. Dah Nurul Izzah rejek dia, renung keliling, calon paling sesuai masa tu si Nouri dan rasanya dia merancang stategi hebat dan menjalankannya dengan pemantauan penuh untuk memastikan dia berjaya menjadi menantu kepada orang yang berpengaruh. Dan la ni dia masih menjadi menantu Perdana Menteri yang paling berjaya.
Macam kata YB Saifuddin Abdullah MP Temerloh masa debat kat UUM beberapa hari lepas pilihanraya 8 Mac baru ni. Kalau calang-calang orang berdebat dengan dia, sahih kalah punya. Kalau calang-calang punya kaki takkan dia mampu jadi Timbalan Ketua Pemuda umnoi, menang tanpa bertanding pulak tu. Mesti ada gerakan yang dia dah buat. Takat kata "Jangan lawan aku, aku menantu PakLah" ingat semua orang takut, takkan takdak kalangan umnoi yang berani lawan dia tapi tara Mukhris pun menikus masa tu.
Kalau tau cerita dia punya gerakan, mesti geleng kepala punya. Habih semua proksi korperat keliling Mukhris terduduk dia punya kerja. Habih kikis duit keliling nak tampung harga saham sampai akhirnya tak tahan terpaksa surender. Tiga empat orang muflis KJ punya penangan. Hebatnya dia sampai mampu menguasai tingkat lima dan seterusnya menguasai keseluruhan banggunan yang dalam usahanya menguasai seluruh negara.
Haibatnya dia ni pasai dia mampu mengembeling dan kemudiannya menggunakan semua kelebihan yang dia ada sebagai menantu PM untuk jalankan agenda dia. Dia mampu mengumpul kekuatan dan sokongan. Dia mampu pastikan dia menang di Rembau. Sapa pun tak boleh menafikan yang dia sebenarnya berjaya sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya lepas. Cumanya lepas ni taktau lagi. Kalau betul macam yang ada sorang nujum pak belalang nampak Paklah pun akan jadi katak sama, mungkin tu pun antara perancangan haibat KJ memastikan servival politik dia.
Berbalik kepada cerita KJ di rejek oleh Nurul. Aku tak tau laa betui ka dak. Tah nujum mana cerita kat aku aku pun tak ingat. Lama dah cerita tu, belum reformasi lagi kut.
Kalau la betul la cerita tu dan kalau hari tu Nurul Izzah terima KJ, aku boleh bayangkan betapa lancangnya aku sama membelasah menantu sambil membelasah pak mentua sekali. Masa tu dah takdak apa lagi yang menyekat aku. Senyuman manis Nurul Izzah akan menjadi seperti mengejek aku, membuak-buakkan lagi keazaman aku membelasah menantu dengan pak mentua sekali. Biar lebam mata aku pun aku tak kisah.

Cumanya jangan belasah semata-mata kerana menantu. Aku pun sama, masa tu tak belasah pasai menantu cuma mungkin sekali-sekala tersesul sebab GERAM.