PAS terpaksa setuju sketsa BANGANG terbaru PKR Anwar calon PKR Kajang? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 28, 2014

PAS terpaksa setuju sketsa BANGANG terbaru PKR Anwar calon PKR Kajang?

Kalau Lee Chin Cheh lompat parti lain sikit ceritanya, ada jugak la hujjah kalau PAS nak berkeras pun. Ini memang Adun Kajang tu letak jawatan pasai nak bagi laluan untuk Anwar jadi calon PRK Dun Kajang untuk membolehkan dia dilantik jadi Menteri Besar Selangor.

Harakahdaily melaporkan:
PAS hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan PKR yang meletakkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Naib Presiden PAS, Slahudin Ayub berkata, PAS sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat sentiasa mendokong semangat kebersamaan dan muafakat bersama PKR dan juga DAP.

"Ini semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat, setiap parti akan memberi sokongan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan itu milik Pakatan Rakyat, khususnya (kali ini) PKR," jelas beliau kepada Harakahdaily. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Mengulas pemilihan Anwar pula, Salahuddin berkata, ianya adalah keputusan terbaik yang dirasakan oleh PKR bagi menyelesaikan masalah dalaman parti itu, dan menerima secara terbuka.

"Pencalonan Anwar itu bagi saya isu dalaman PKR dan ia sebagai penyelesaian terbaik, kita diberitahu kekosongan dan tanggungjawab sebagai rakan Pakatan Rakyat kita akan memberi sokongan.

"Begitu juga jika berlaku dalam PAS mahupun DAP, parti-parti akan memberi sokongan," jelasnya. - Ibid.
Nak kata apa lagi, takkan kut Salahuddin Ayub sebagai wakil PAS terpaksa la kata PAS sokong. Jadi pelik pulak kut kalau tiba-tiba PAS tak setuju.

Lagi pun, Adun Kajang Lee Chin Cheh dah pun letak jawatan dan kerusi Dun Kajang tu memang milik PKR.

Kalau Lee Chin Cheh lompat parti lain sikit ceritanya, ada jugak la hujjah kalau PAS nak berkeras pun. Ini memang Adun Kajang tu letak jawatan pasai nak bagi laluan untuk Anwar jadi calon PRK Dun Kajang untuk membolehkan dia dilantik jadi Menteri Besar Selangor.

Lagi satu, pada aku, dari habiskan berjuta duit rakyat untuk buat PKR semata-mata bagi peluang Anwar bertanding PRK Dun Kajang san seterusnya dilantik jadi MB lagi elok bagi saja kerusi MB Selangor tu kat Azmin walaupun aku memang sangat-sangat tak setuju Azmin pegang jawatan tu.

Pasainya, kalau Azmin jadi MB Selangor dan buat masalah, PKR masih ada Anwar sebagai Ketua Umum untuk perbetulkan masalah yang Azmin buat tu tapi kalau Anwar sebagai MB Selangor yang buat masalah, sapa dari kalangan orang PKR yang boleh perbetulkan masalah tu.

Kalau tanya aku, sukacita aku nak sebut yang pada aku sketsa terbaru PKR di Selangor ni adalah seketsa paling BANGANG setakat ni dan Salahuddin Ayub sebagai wakil PAS terpaksa angguk kepada keBANGANGan ni atas semangat Pakatan Rakyat.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...