Aku yakin semua orang tertanya-tanya apa sebenar-benarnya rahsia disebalik alasan BANGANG Adun Kajang Lee Chin Cheh letak jawatan ni, tentu punya ada rahsia yang disembunyikan pasai alasan yang dia bagi tu pasai aku memang BANGANG.
Harakahdaily melaporkan:
Keputusan Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah member peluang kepadanya menjadi wakil rakyat Dun N25 Kajang. - Hrkh.
Apa punya bangang punya alasan Adun Kajang ni bagi, alasan yang aku pun taktau nak kata apa selain dari alasan BANGANG.
Kalau Adun Kajang Lee Chin Cheh bagi alasan dia dah tak mampu nak galas tanggungjawab sebagai Adun lagi ok dari bagi alasan 'bangang' yang tah apa-apa tu, yang malah bagi orang lagi bertambah pening.
TheMalaysianInsider melaporkan:
"Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor," kata Lee dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider. - TMI.Yang dia kata untuk kepentingan bersama tu kepentingan siap, kepentingan ranyat di Dun Kajang ka, Rakyat Selangor seluruhnya ka atau pun rakyat Malaysia keseluruhannya.
Mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat tu pulak macamana, takkan dia ni selama ni dok jadi parasit sampai Pakatan Rakyat tak boleh berkhidmat untuk rakyat.
Takkan kut pasai 'kesalahan' pasai sebar khabar angin kata Khalid Ibrahim nak letak jawatan dia pulak yang terpaksa letak jawatan kut.
Malaysiakini pada 25 Jan melaporkan:
ADUN Kajang, Lee Chin Cheh menafikan spekulasi bahawa dia telah memberi maklumat yang salah kepada sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meletak jawatan. - Mkini.Setakat ni 'alasan' yang paling 'logik' Adun Kajang tu letak jawatan ada khabar angin kata sebab nak bagi laluan untuk bakal calon Menteri besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.
Yang jadi mushkilnya pasai apa Dun Kajang, pasai apa bukan Dun lain. Pasai apa pulak Lee Chin Cheh yang terpaksa 'dikorbankan', takkan kut tiba-tiba ja Lee Chin Cheh sanggup berkorban.
Aku yakin semua orang tertanya-tanya apa sebenar-benarnya rahsia disebalik alasan BANGANG Adun Kajang Lee Chin Cheh letak jawatan ni, tentu punya ada rahsia yang disembunyikan pasai alasan yang dia bagi tu pasai aku memang BANGANG.
Bab khabar angin yang kata bakal calon Menteri besar akan jadi calon bertanding dalam PRK N25 Kajang tu nanti-nanti aku ulas, banyak 'misteri' yang tah apa-apa dengan sketsa PKR Selangor yang terbaru ni, kena tunggu perkembangan seterusnya sketsa drama PKR Selangor ni...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis