Tapi kalau bukan pasai Anwar nak jadi MB Selangor apa perlu Lee Chin Cheh letak jawatan dan Anwar pulak yang kena jadi calon untuk PRK Dun Kajang tu.
Harakahdaily melaporkan?
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan kononnya pemilihan beliau sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai usaha membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor.
Ketua Pembangkang itu juga berkata, dakwaan bahawa beliau ke arah menggantikan kerusi Menteri Besar yang kini disandang Tan Sri Abdul Khalid itu hanya spekulasi. - Hrkh.
Memang la spekulasi pasai pengumuman pasai tu belum dibuat tapi spekulasi bukan bermakna tak betul, malah dalam pasaran saham ramai yang jadi kaya pasai spekulasi dia menjadi.
Apa masalahnya kalau Anwar berterus terang mengaku dia memang terpaksa menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri besar Selangor untuk tamatkan krisis PKR Selangor, senang, pengundi Dun Kajang pun tak penin.
Aku rasa majoriti penyokong Pakatan Rakyat boleh terima kalau Adun Kajang Lee Chin Cheh letak jawatan sebab nak bagi laluan untuk Anwar jadi MB walaupun aku yakin ramai yang mempertikaian pasai apa pulak Anwar nak kena jadi MB Selangor.
Tak tau la pulak kalau memang betul Anwar jadi calon PRK Kajang tu bukan pasai dia nak jadi MB Selangor. Tapi kalau bukan pasai Anwar nak jadi MB Selangor apa perlu Lee Chin Cheh letak jawatan dan Anwar pulak yang kena jadi calon untuk PRK Dun Kajang tu.
Lebih baik letak Saifuddin Nasution yang 'menganggur' tu, dah tentu-tentu Saifuddin boleh bantu perkuatkan lagi Pakatan Rakyat Selangor.
Keadilandaily pula melaporkan:
“Keputusan kita bersama untuk memastikan pimpinan Pakatan Rakyat seluruhnya bergerak menjadikan Selangor sebagai asas kuat.Ni lagi satu jawapan BANGANG, aku tak nampak langsung macamana Selangor boleh jadi kuat dengan hanya Anwar ganti Lee Chin Cheh jadi Adun Kajang.
“(Kita menyokong prestasi baik kerajaan negeri Selangor sekarang untuk menjadi landasan penting membuktikan keupayaan kita untuk mengambilalih Putrajaya,” kata Anwar. - Keadilandaily.
Lagi satu, teruk sangat ka kuasa dan pengaruh Anwar dalam PKR Selangor sampai nak selesaikan krisis Azmin Khalid tu pun sampai tahap rakyat terpaksa dihidangkan dengan sketsa yang macam ni punya BANGANG.
mStrar pula melaporkan:
"Saya harap, kalau boleh bila kerusi itu adalah kerusi Pakatan Rakyat jangan ada pembaziran untuk belanja pilihan raya dan bagi ruang untuk kita uruskan kerja kita," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa. - mStar.Aku cukup tak faham ayat Anwar yang mStar laporkan ni. Jangan ada pembaziran apanya kalau PRK tu sendiri pun sebenarnya tak perlu yang memang kompom membazir.
Bukan saja kos SPR untuk kendalikan PRK tu satu pembaziran tapi juga untuk aktiviti kempan pun membazir duit rakyat. Kempen BN dah barang tentu akan gunakan duit rakyat samaada secara langsung atau pun tak langsung malah untuk kempen calon PKR pun guna duit rakyat jugak.
Ingat sikit ka belanja kalau setakat untuk bendera dan poster saja pun, tu tak termasuk lagi belanja untuk program-program di merata ceruk lokaliti malah tak mustahil ada aktiviti beli undi yang juga secara langsung atau tak langsung menggunakan duit rakyat yang sepatutnya boleh digunakan kearah yang lebih bermanfaat terutama sekali dalam keadaan rakyat terlalu terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis