Betul ka Pemuda Pusat dan PAS Selangor seberani tu nak 'sabotaj' PKR? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Januari 29, 2014

Betul ka Pemuda Pusat dan PAS Selangor seberani tu nak 'sabotaj' PKR?

Apa pun aku harap sangat-sangat kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor dan Setiausaha Perhubngan PAS Selangor ni akhirnya jadi 'sabotaj' terhadap PKR yang mungkin mengeruhkan hubungan PAS dengan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Astro Awani melaporkan:
Dewan Pemuda PAS Selangor mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah atas pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim menegaskan jika PKR gagal berbuat demikian Pemuda PAS Selangor akan memboikot Pilihan Raya Kecil DUN Kajang. - AstroAwani.  
AstroAwani juga melaporkan:
"Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan yang menuntut agar PKR mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah kepada Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. - Ibid.
Aku harap sangat Pemuda PAS Malaysia dan Pemuda PAS Selangor pegang sungguh-sungguh kenyataan berani mati depa ni. Tolong la jangan malukan Pemuda PAS yang baru saja dapat Ketua Pemuda baru Syuhaizan Kayat.

Kalau akhirnya terpaksa 'jilat balik ludah' aku harap yang buat keputusan 'berani mati' ni berani ambil tindakan letak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab.

Sebelum ni Salahuddin Ayub yang mewakili PAS masa Sidang Media umumkan Anwar sebagai calon PRK Kajang dah pun kata PAS sokongan penuh keputusan PKR yang meletakkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Harakahdaily pula melaporkan:
PAS Selangor mengikuti perkembangan politik di negeri itu secara langsung dan berhati-hati, kata Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman (gambar).

Katanya, PAS Selangor menganggap isu kekosongan kerusi Dun Kajang adalah isu dalaman PKR yang tidak ada kena mengena dengan jawatan dan kedudukan Menteri Besar (MB) Selangor pada waktu ini.

Jelasnya, apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan terlibat campur.

“Selagi isu jawatan MB Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja,” ujarnya dalam satu kenyataan. - Hrkh.
Inipun satu lagi kenyataan 'berani mati' dan aku harap Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor ni tak suka-suka buat kenyataan sendiri. Pasainya natijah kenyataan ni bukan saja perlu ditanggung PAS Selangor tapi juga PAS secara keseluruhannya. Pasainya keputusan untuk pilih sapa yang patut jadi MB Selangor bukan hak prerogatif PAS Selangor.

Harakahdaily juga melaporkan:
Namun, kata beliau sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat dan PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai.

“Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita,” katanya yang juga Adun Paya Jaras.

Beliau berkata, PAS negeri akan menghantar nama itu untuk pertimbangan PAS Pusat dan terserah kepada kepimpinan Pusat untuk menentukannya kemudian.

“Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri,” ujarnya. - Ibid.
Apa pun aku harap sangat-sangat kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor dan Setiausaha Perhubngan PAS Selangor ni akhirnya jadi 'sabotaj' terhadap PKR yang mungkin mengeruhkan hubungan PAS dengan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...