Isu Mat Sabu Syiah: Zahid Hamidi nak kambinghitamkan pegawai kerajaan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Disember 10, 2013

Isu Mat Sabu Syiah: Zahid Hamidi nak kambinghitamkan pegawai kerajaan?

Jadinya, aku cukup yakin Zahid cuma nak berlepas tangan bila dia suruh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri untuk bentangkan bukti yang menunjukkan Mat Sabu Syiah. Kalau dia cukup yakin bukti tu benar-benar kukuh pasai apa tak dia sendiri yang bentangkan.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar), berkata beberapa bukti bahawa pemimpin PAS terlibat fahaman syiah akan diterangkan secara terperinci dalam satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat.

Beliau berkata, sidang akhbar itu akan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi serta pegawainya. - TMI.    
Inilah hebatnya pemimpin politik Umno, cukup hebat berpolitik nak lepaskan diri, politik cuci tangan, dan kambinghitamkan orang lain untuk bersihkan 'taik' yang dia buat.

Pasainya aku cukup yakin apa yang Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri akan bentangkan tu tak lebih dari sekadar cerita cereka tanpa bukti kukuh.

Kalau betul Kementerian Dalam Negeri ada bukti kukuh aku sangat-sangat yakin bukti tu dah keluar secara meluas masa kempen PRU13 yang lepas.

Kalau ada bukti kukuh yang Mat Sabu kompom penganut syiah takkan la Hishamuddin Hussin sebagai Naib Presiden Umno yang juga Menteri Dalam Negeri takdak maklumat langsung pasai tu.

Bangang sangat la Hishamudin kalau biarkan peluru yang cukup besar macam tu tak digunakan semaksima mungkin masa kempen PRU13.

Tak payah la penchachai di peringkat akar umbi sampai terpaksa penaik spender sebagai usaha untuk jatuhkan imej PAS. Apa sangat kesan isu spender Cikgu Pa tu kalau nak dibangingkan dengan isu Mat Sabu Syiah.

Jadinya, aku cukup yakin Zahid cuma nak berlepas tangan bila dia suruh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri untuk bentangkan bukti yang menunjukkan Mat Sabu Syiah. Kalau dia cukup yakin bukti tu benar-benar kukuh pasai apa tak dia sendiri yang bentangkan.

Tak berapa nak masuk akal Zahid Hamidi nak lepaskan peluang untuk raih sebanyak mungkin kredit dalam isu Mat Sabu Syiah ni.

Aku yakin lepas ni Zahid akan kata dia buat tuduhan ke atas Mat Sabu tu berdasarkan bukti yang dia dapat dari Abdul Rahim Mohamad Radzi dan pegawai Kementerian Dalam Negeri dan depa yang patut dipersalahkan, bukannya dia.

Kalau Mat Sabu nak saman pun, Mat Sabu patutnya saman depa bukan saman dia. Mau tak mau terpaksa la kakitangan kerajaan yang jadi kambinghitam.

Apa pun, kita tunggu sidang akhbar khas tu, tengok tara mana bukti yang nak dibentangkan kata Mat Sabu Syiah tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...