Khalid Ibrahim bakal menang perang air di Selangor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Disember 10, 2013

Khalid Ibrahim bakal menang perang air di Selangor?

Walaupun terpaksa terima beberapa syarat yang nampak macam merugikan Kerajaan Negeri tapi dalam jangka masa panjang kejayaan mengambilalih dua syarikat konsesi air di Selangor iaitu Syabas dan Puncak Niaga, dua syarikat konsesi air di Selangor ni akan menguntungkan rakyat negeri Selangor.

mStar melaporkan:
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau optimis rundingan penyusunan semula industri air di Selangor akan dapat diselesaikan hujung bulan ini.

"Kita dalam perbincangan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Puncak Niaga dan pemilik saham Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd). Kita rasa optimistik tentang penyelesaian," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri di sini, Isnin. - mStar.
Setelah lama berperang dalam isu air di Selangor nampak gayanya Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor akan menang.

Masalah yang cukup bagi kesan kepada rakyat Selangor ni nampak gayanya akan selesai dalam sikit masa lagi bila Kerajaan negeri berkuasa penuh dalam menguruskan air di negeri Selangor.

Penchachai-penchachai Umno yang ada dalam Syabas dan Puncak Niaga tak boleh lagi nak sabotaj kerajaan negeri dalam isu air ni.

mStar juga melaporkan:
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB), pemegang saham majoriti dalam dua syarikat konsesi air di Selangor iaitu Syabas dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) pada 5 Dis lepas yang menerima tawaran pengambilalihan kedua-dua syarikatnya secara prinsipnya oleh Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) dengan beberapa syarat.

PNHB antaranya mahukan jumlah sumbangan ekuiti dibayar kepadanya termasuk pulangan bercampur 15 peratus setahun, sebagai pampasan kepada syarikat pegangan kerana kehilangan pendapatan masa depan akibat daripada penjualan perniagaan konsesi airnya kepada kerajaan negeri sebelum tarikh akhir konsesi masing-masing.

"Hutang yang belum dijelaskan daripada Syabas kepada PNSB pada tarikh kuat kuasa berhubung dengan bekalan dan penjualan air kepada Syabas perlu dibayar kepada PNHB kerana perkhidmatan ini telahpun diberikan," kata PNHB. - Ibid.
Walaupun terpaksa terima beberapa syarat yang nampak macam merugikan Kerajaan Negeri tapi dalam jangka masa panjang kejayaan mengambilalih dua syarikat konsesi air di Selangor iaitu Syabas dan Puncak Niaga, dua syarikat konsesi air di Selangor ni akan menguntungkan rakyat negeri Selangor.

Aku yakin lepas ni Khalid akan berjaya pulak menunjukkan model macamana nak menguruskan air macam dia sebelum ni berjaya menunjukkan contoh macamana dia berjaya meningkatkan rizab simpanan negeri daripada RM1.3billion kepada RM2.7billion.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...